• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman
You are here: Home / Resepi Biskut Semperit Asli

Resepi Biskut Semperit Asli

Resepi Biskut Semperit Asli

21 June 2016 by NuyunNajmi 2 Comments

Teks: Nuyun Najmi

Hari ni Kakyun kongsi pula resepi biskut semperit asli. Jom tengok resepi yang mudah dan cepat untuk uols ikut. Memang sangat senang dan dijamin sedap. Uols jangan risau, konfem jadi biskut raya uols. šŸ™‚

Langkah pertama kena ada butter cup kalau guna majerin boleh tapi rasa susunya kurang dan kemungkinan agak masin.

Untuk biskut, Kakyun cadangkan guna buttercup ketul/buku.. sebab yang dalam bekas/tin ni terlalu berminyak. Sesuai untuk buat kek.

 

2. Guna acuan cawan ye, tak kiralah besar mana cawan tu. Sama je. Jangan guna gelas yang panjang tu. Untuk sukatan ni, mesti guna cawan yang sama. Kakyun guna acuan cawan dan sudu macam ni. Senang nak agak, kalau guna cawan minum tu, sangatlah.. hehehe.. šŸ™‚

cawan sukatan biskut

3. Sukat ½ cawan butter ye.

4. Susu pekat 1/4 cawan (sukatan 1/4 ni adalah dalam 6 sudu besar).Ā Dan esen vanila 1 sudu kecil.Ā 

5. Guna senduk kayu je, kalau takde.. gunalahĀ whiskĀ yang ada.
Kacau.. kacau ni asal sebatiĀ je ok.

6. Kena adaĀ 3 tepung utama seperti di bawah. Sukat dulu..
2 cawan tepung jagung bagi rasa semperit yang cair di mulut
1 sudu besar tepung beras bagi semperit tu rangup dan tak mudah pecah bila dah sejuk
1 sudu besar tepung kastadĀ bg effect creamy pada semperit.

7. Ā Adunan tadi dah nampak sebati, titiskan 1 sudu kecil pewarna kuning. Tak nak yang serbuk, guna yang cecair ye. Brand apapun tak kisah.

8. Kemudian masukkan tepung jagung 1 cawan dulu, 1 sudu besar tepung kastad dan 1 susu besar tepung beras.
Kacau sebati.

9. Lepas tu masukkan baki yg 1 cawan tepung jagung sikit², masa ni ikut keselesaan doh yang kita nak. Uli guna tangan je ye.

9. Uli sampai doh jadi macam ni ye, licin dan cantik.

10.Ā Ambil sedikit adunan tadi, masukkan dalam muncung semperit macam ni.

11.Ā Ok, ni pecah 11 lenggok kan masa tekan baru biskut ni tak rata je naik.

12. Atas biskut boleh letak ceri. Coklat chip pun boleh. Terpulang ye.

13. Ini pula acuan pecah 15. Cantikkan. Pastikan bawah loyang sapu butter.

1 adunan ni dapat 35 biji.

14.Ā Siap untuk dibakar.. panaskan oven 170, 5 minit.
Masukkan biskut turunkan suhu 160, 25 minit atau smpai biskut boleh tolak ke depan dan tertanggal sendiri means dah masak. Siap.

Oklah, selamat buat biskut uols. šŸ™‚

Filed Under: Biskut Semperit Asli, Kek Dan Biskut Raya Tagged With: Biskut Semperit Asli

Resepi Kek Dan Biskut Raya

21 June 2016 by NuyunNajmi Leave a Comment

Teks: Nuyun Najmi

Alhamdulillah, memandangkan dah masuk bulan Ramadhan. Kakyun nak kongsi resepi kek dan biskut raya. Jom kita tengok kompilasi resepi kek dan biskut raya dari Azlina Ina. Kakyun memang mencari resepi yang mudah dan cepat. Bahan² untuk membuatnya pun tak susah untuk Kakyun dapatkan. Tambahan pula kedai bahan bakeri bake well pun dekat je. šŸ™‚ Jadi sangat senang.

Tahun ni cadangnya nak buat kek keju mangga dan kek oren. Biskut pula semestinya kena ada semperit, almond london, makmur atau biskut arab, dan tart. Yang lain tu tengok ada upaya lagi tak, dengan kandungan 7 bulan ni, cepat letih rasanya, šŸ™‚

Oklah, jom kita tengok list resepi biskut yang ada. Resepi kek boleh tengok entri sebelum ni.

BISKUT ALMOND LONDON

BISKUT ALMOND SNOW

BISKUT ALMOND COCOCHIPS

BISKUT BANGKIT SUSU

BISKUT CORNFLAKES ALMOND BALL COKLAT

BISKUT GAJUS

BISKUT JEJARI NESTUM

BISKUT KRISTAL CINTA

BISKUT KELAPA CRUNCY CREAMY

BISKUT MAKMUR PANDAN SUSU

BISKUT MAZOLLA

BISKUTĀ SEMPERIT KLASIK GOLD

BISKUT SEMPERIT MARBLE NUTELLA

BISKUT SEMPERIT CHEESE

BISKUT TART NENAS

BISKUT SEMPERIT ASLI

Ini antara biskut yang Kakyun dah kumpulkan, ada antaranya yang Kakyun dah cuba. Alhamdulillah, raya tahun ni meriah dengan pelbagai biskut raya, uols buatlah ye. Boleh rasa air tangan sendiri. Biskut tunjuk boleh kurangkan memandangkan harga pun mahal. šŸ˜‰

Resepi kek biskut raya ni halal je untuk dikongsi, tak perlu minta dah. Kakyun simpan untuk rujukan masa mendatang. Tak perlu nak skrol beria di fb.

In Shaa Allah, mudah nak follow dengan step by step. Cuma kena diy (do it yourself).. hehehehe.. Kalau tak, memang tak jadilah biskut² raya ni. Kakyun akan buat untuk tempahan area gombak sahaja. Cuma tahun ni, Kakyun tak buatlah.. sebab dah jadi mak buyung kan. Tak mampulah nak oiii. šŸ˜€

Oklah, stop dulu untuk hari ni. Sambung entri akan datang pulak ye. Jumpa lagi. šŸ˜‰

 

Filed Under: Kek Dan Biskut Raya, Resipi/Masak Tagged With: Kek Biskut Raya

Atasi Sembelit Selepas Bersalin dengan Ostematrix

21 May 2016 by NuyunNajmi 2 Comments

Bismillah.

Hari ni nuyun nak bercakap sikit tentang masalah sembelit lepas bersalin ni.

Tadi ada pelanggan tetap nuyun sms tanya produk untuk sembelit beliau. Baru je bersalin kalau tak silap. Mungkin harini hari ke 5.

Bersungguh beliau duk bercerita, sangat sakit.

Maklumlah masalah sembelit beliau alami dari hamil lagi, sampailah dah berpantang. Katanya, risau takut jahitan tu terbuka.

Ngeri pula bila dengar macam tu. Sebab pernah terbaca kat Sinar harian ni, macam-macam boleh terjadi bila ada masalah sembelit.

Pengalaman nuyun dengan masalah sembelit ni, masa mengandung anak pertama. Rasanya sangat teruk,sebab dah tahap kena buasir kritikal.

Ya, saya masih ingat lagi pengalaman melahirkan anak pertama, saya mengalami sembelit yang begitu teruk.

Sebulan lamanya. Sangat sengsara, tak dapat diugkapkan. Hehe… Tambahan pula anak pertama, tiada pengalaman serta melalui tempoh berpantang secara dulu2 ~ tiada sayur atau buah yang dibenarkan.

Anak kedua, situasi berbeza. Kali ini saya mengambil pemakanan seimbang. Ada karbohidrat, ada protein, ada serat, ada fiber. Menu harian nasi + ikan selar bakar + sayur sawi + buah oren = setiap hari. Dan semestinya, pengambilan air yang cukup. Muak jugak dengan menu yang sama, tapi apakan daya. Hehehe.. Hasilnya Alhamdulillah, tiada lagi sembelit.

Pada masa itu, saya belum lagi mengenali vitamin Shaklee. Rupa-rupanya Ostematrix Shaklee dapat membantu mengurangkan masalah sembelit selepas bersalin. Sembelit dapat diatasi dengan mudah, hanya dengan mengambil Ostematrix.

Jom kita tengok apakah Ostematrix ini..

Ostematrix Shaklee

Baca artikel ini →

Filed Under: Nutrisi Sihat, Ostematrix Tagged With: Ostematrix

Shaklee National Conference

21 May 2016 by NuyunNajmi Leave a Comment

Bismillah.

Teks: Nuyun Najmi

 

Memandangkan dah lama KakyunĀ biarkan blog ni bersawang. Jadi hari ni KakyunĀ nak update story tentang percutian dalam negeri yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. Alhamdulillah, 5-7 Jun 2015 yang lepas KakyunĀ berpeluang untuk menghadiri Shaklee National Conference yang diadakan di Palace of The Golden Horses Hotel dan MIECC. Percaya tak uols.. semuanya ditanggung 100% oleh shaklee.

National-Conferance-Shaklee-Hebat

Sebenarnya, tiap-tiap tahun Shaklee menawarkan 2 jenis percutian iaitu National dan International. Untuk tahun ni national trip di Palace of The Golden Horses dan sekitar Kuala Lumpur, manakala untuk trip international pula akan bercuti di ITALI! Ohsem kan?

Tapi bukan semuanya layak untuk mendapat trip macam ni. Hanya yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, akan diberi penghargaan istimewa.

Penginapan dan aktiviti yang menarik oleh Shaklee sepanjang 3 hari berada disana. Dan seperti biasa, kami diberikan pelbagai kejutan dan hadiah šŸ˜€ dah tiap-tiap tahun pun masih ā€˜terkejut’ juga tau.Ā  harusla sampai-sampai aje disana untuk pendaftaran, kami disambut dengan meriah..siap ada kalungan bunga tau..ala hawaii gitu..bergambar, register dan setelah selesai urusan untuk ā€˜check-in’, barulah menuju ke Grand Ballroom untuk makan tengah hari..alhamdulillah..kenyang!

Program berlangsung 2 hari. Syukur, pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tahun ni pula 2016, Kakyun tak join. Maklumlah, berbadan dua ni tak larat nak aktif macam biasa. Jadi terpaksa lupakan hasrat nak bercuti dan berconferance.

In Shaa Allah, ada rezeki tahun depan Kakyun join. Cuma terkilan sebab tak dapatlah nak tunaikan hasrat member rapat Kakyun.. Cpm Honey Nurhaliza untuk sama² berseronok dalam percutian shaklee tahun 2016 ni. Tak lupa juga Kak Jatt dan Zana.

National-Conferance-Shaklee-Leader

 

In Shaa Allah, sebagai leader shaklee, kita akan berpeluang berjumpa di setiap majlis anugerah yang shaklee anjurkan. Aamiin. šŸ™‚

National-Conferance-Shaklee-Master
BAKAL MASTER SHAKLEE. IN SHAA ALLAH. AAMIIN. šŸ˜€

Filed Under: Melancong, National Conferance Shaklee Tagged With: National Conferance Shaklee

APA BESTNYA COLLAGEN SHAKLEE DAN BEAUTY UMAIRA

21 May 2016 by NuyunNajmi Leave a Comment

Teks: Nuyun Najmi

Hari ni ada 2,3 orang custemer sms dan tanya kat fb nuyun…apa yang bestnya collagen shaklee ni? Mana bagus dengan produk umaira…Entah macam mana boleh citer tentang beza2 ni pun tak tahulah…mungkin banyak nuyun poskan tentang produk beauty umaira ni…dan mungkin jugak collagen shaklee yang paling laris di sini..

Jadi customer pun fening nak pilih yang mana satu kan…dua2 pun harga lebih kurang mahal jugak kan…
Jom kita tengok kat sini ye..

COLLAGEN SHAKLEE
Apakah kesan dan faedah mengambilĀ Collagen Powder?

 

Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selamaĀ 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.
Collagen PowderĀ terbukti berkesan untuk:

 

– Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
– Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
– Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
– Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
– Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
– Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
– Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
– Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
– Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

 

 

Justeru, kesan dan faedah pengambilanĀ Collagen Powder:

 

ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.

 

MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit

MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang

MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit

MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata

MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

 

 

BEAUTY UMAIRA

Terkenal sebagai pakej makanan tambahan yang membantu anda untuk kelihatan cantik dan menawan dari segi dalaman dan luaran.
BEAUTY UMAIRAĀ memberi kelebihan pada diri anda untuk membentuk kecantikan secara kekal dari dalaman dan melangsingkan badan anda.

Kandungan khasiat produknya juga menjadikan kulit anda halus dan gebu, berseri dan bermaya walau tanpa make-up.
Pengambilan yang berterusan selama 3 bulan memberikan hasil diluar jangkaan anda.

Selain dari kelihatan cantik,Ā BEAUTY UMAIRAĀ juga membantu memperbaiki dan memelihara organ dalaman wanita supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.

Ianya sesuai untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.

Bagi wanita bujang anda tidak akan mengalami lagi masalah keputihan dan senggugut.
Sementara yang sudah berkahwin otot dalaman anda lebih kuat dan menjadikan hubungan anda bersama suami lebih bermakna dan dapat memberi 100% kepuasan kepada suami anda.

Kandungan bahan yang membezakan produk makanan tambahan BEAUTY UMAIRA dengan produk lain seperti …
1.Ā GARCINIA yang membakar kalori dan mengawal nafsu makan,
2. ASTAXANTHIN pula meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penuaan kulit, dan
3. KOLAGEN membantu proses pembentukan dan menganjalkan kulit.

Kandungan utamaĀ Beauty UmairaĀ :
MARINE COLLAGEN,
MANJAKANI,
MADU,
KACIP FATIMAH,
PSYLLIUM HUSK DAN
PUERARIA MIRIFICA.

FungsiĀ Beauty Umaira
1. Merangsang penghasilan kolagen
2. Menurun berat badan dan mengawal nafsu makan
3. Astaxanthin menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
4. Meningkatkan sistem ketahanan badan
5. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
6. Senang tidur dan buang air besar
7. Anti Jeragat, menegangkan kulit dan awet muda
8. Menganjalkan tubuh dan kulit
9. Membentuk, menganjal dan membesarkan payudara.
10. Menguatkan rambut dan melambatkan uban
11. Megurangkan keputihan dan melambatkan monopause
12. Meringankan sakit haid
13. Baik untuk migraine, resdung, gastrik dan asthma
14. Membantu masalah pernafasan

Oklah..setelah diteliti dan diperhati..bagi nuyunlah kan….2 2 produk pun memang banyak kelebihannya..
Apatah lagi kalau diambil bersama…jadi nuyun syorkan kepada customer nuyun…boleh combine beauty umaira dan collagen…lagi cepat dapat kesan..KURUSĀ CANTIKĀ DANĀ LANGSING..

Filed Under: Info, Petua, Tips Tagged With: Collagen Shaklee

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 3
  • Go to page 4
  • Go to page 5
  • Go to page 6
  • Go to page 7
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 80
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 Ā· Lifestyle Pro on Genesis Framework Ā· WordPress Ā· Log in