• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman
You are here: Home / 5 TIPS BELI BARANG KEMAS 916

5 TIPS BELI BARANG KEMAS 916

5 TIPS BELI BARANG KEMAS 916

12 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Memandangkan sekarang ni kakyun aktif berbisnes emas 999 dan barang kemas 916 sebagai Dealer Keunggulan Terengganu Jewelery (KTJ) dan juga sebagai Stokis Powergold. Jadi kakyun nak kongsi 5 tip untuk korang ya.

Pertama sekali korang kena tanya dulu harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi kakyun, elok kira dalam kiraan gram, sebab nanti kita nak kira harga bersih segram. Faham ya? 🤔

Yang kedua, korang mesti tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada jenis paten atau design barang korang pilih ya. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 untuk upah sahaja. Serius, langsung tak tipu! 😁

Tips ketiga pula, cuba tanya ada GST atau tidak. Biasanya bila harga pergram rendah dan upah rendah, maka kadar GST pun rendah. Betul tak? 😄

Keempat, korang kena juga tahu cara kira harga barang kemas. Contohnya,
(Berapa gram x harga segram + upah + GST 6% = ? )
Selalunya staf kedai emas ni terus tap tap kalkulator kira TOTAL. Jadi korang kena tanya detail ya, berapa HARGA SEGRAM dan UPAH. Penting kena tahu untuk korang semak balik kiraan supaya Tidak terjadi kes TERTIPU!

Akhir sekali, tips paling penting ni.. Jika satu masa nanti korang teringin nak beli emas. Korang cari emas KTJGold ya, sebab apa? Sebab, emas dari KTJGold sangat berkualiti dengan design terkini. 😍

Ingin emas ktj, ingat Kakyun!

Korang! Boleh jadi ahli untuk dapatkan harga emas yang murah. Kat sini je detailnya. DeenaEmasGroup!

Filed Under: Info, Petua, Tips, Tips Beli Emas Tagged With: Barang Kemas 916 Terkini, Emas 916, Emas 999

Kenali Dan Cegah Pneumonia Pada Anak

11 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Memandangkan harini Deena Sofiyya yang berumur 11 bulan, asyik muntah dan batuk berkahak serta selesema. Kakyun Google la tentang penyakit ni. Padahal sebelum nipun kakyun dah buat 1 entri pasal Pneumonia ni. 😀

Apa itu Pneumonia?

Setakat pemahaman Kakyun, pneumonia atau dikenali juga infeksi paru-paru dapat menyebabkan kematian pada anak, terutama yang berusia di bawah lima tahun. Makin risau kakyun dibuatnya.

Macam mana nak kenali gejalanya dan cara mencegahnya?

Ibu bapa sebaiknya kena peka bila anak mengalami batuk dan gangguan pernafasan kerana, kebiasaannya ini akan menjadi tanda awal pneumonia.

Penyebab pneumonia ni sangat banyak sebenarnya, bermula dari bakteria, atau sejumlah virus. Contohnya macam virus dari jangkitan selesema.

Kebiasaannya pneumonia ini terjadi setelah saluran pernafasan dibahagian atas di antara hidung dan tekak terinfeksi.

Setelah dua hingga tiga hari, infeksi dapat menjalar ke paru-paru. Sistem imun yang lemah atau belum terbentuk sempurna tidak mampu mencegah infeksi awal yang ringan sehingga merebak ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia. Kesan pneumonia ini menjadikan jalan udara ke paru-paru boleh tersekat sehingga susah hendak bernafas.

Penyakit ini lebih senang dijangkiti oleh anak yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Contohnya bayi yang kurang mendapat  air susu ibu (ASI) atau anak yang kurang gizi, anak-anak dengan HIV, bahkan anak yang terkena jangkitan campak juga berisiko terkena pneumonia.

Tanda dan Gejala Pneumonia

Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau keadaan anak² yang mempunyai simptom pneumonia ini. Walaupun anak² dah dijangkiti, mereka tetap aktif bermain dan tidak menunjukkan tanda² bermasalah. Sebaiknya jangan menunggu sampai anak dah semput baru nak bergegas ke hospital.

Antara tanda dan gejala yang biasa ditunjukkan adalah ;

1. Batuk.

2. Hidung tersumbat.

3. Muntah.

4. Demam.

5. Nafas yang laju dan berbunyi.

6. Susah untuk menarik nafas sehingga dada berlekuk dan perut kelihatan kembung.

7. Rasa sakit di bahagian dada.

8. Kurang selera makan dan minum, mengakibatkan dehidrasi.

9. Pucat dan lesu.

10. Merengek, menangis dan menggigil.

Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada anak dijangkiti pneumonia atau tidak. Biasanya prosedur yang dilakukan adalah memeriksa pola pernafasan, tekanan darah, denyut jantung, suhu tubuh dan diambil sampel darah untuk memastikan jenis kuman yang telah dijangkiti. Dalam sesetengah keadaan, xray dibahagian dada juga diperlukan

Penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui batuk atau bersin serta merebak melalui berbagai peralatan makanan dan minuman.

Cara Mencegah

Beberapa langkah  untuk mencegah pneumonia pada anak.

Berikan anak zat yang cukup, bagi anak yang berumur 6 bulan pertama. Banyakkan pemberian susu ibu (ASI) untuk menguatkan daya tahan anak bagi melawan penyakit secara semula jadi.

Lebihkan keperluan nutrisi anak² yang berumur 2 tahun ke atas dengan mengamalkan buahan, sayuran dan makanan tambahan lainnya. Kakyun memang amalkan garlic shaklee, Vitalea for kids dan omega guard shaklee.

Jangan lupa dapatkan juga Imunisasi, seperti imunisasi Hib (haemophilus influenzae type b), vaksin campak, serta imunisasi DPT (Difteri, Pertusis, dan Tetanus). Bagi kebanyakan orang, imunisasi ini merupakan cara paling efektif untuk mencegah pneumonia. Cuma kat MALAYSIA ni, vaksin adalah pilihan. Terpulang pada ibu bapa, buat yang terbaik untuk anak². 😁

Tiada ibu bapa yang seronok bila anak² sakit. Jadi raikanlah perbezaan pendapat sesama kita. Hanya Allah yang berkuasa, makhluk tiada kuasa. 😊

 

Filed Under: Info, Petua, Tips, Kenali Jangkitan Pneumonia Tagged With: Batuk, Campak, Pneumonia, Selesema

Senarai Produk Furaiha 2017

17 August 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Memandangkan sekarang ni Kakyun mengalami masalah kekangan masa dengan anak kecil. Jadi kakyun kongsi senarai produk Furaiha dengan harga terkini 2017.

 

HARGA TERKINI FURAIHA SKINCARE 2017..

🌷 DD CREAM 15 ML 🌷
Retail – RM139

 

🌷 GLOW BOOSTER 15 GRAM 🌷
Retail – RM109
🌷 SABUN AQUA 30 GRAM 🌷
Retail – RM39
🌷 SET PREMIUM 4 in 1 🌷
– 1 GBC 10g
– 1 DDC 5ml
– 2 Sabun Aqua Habbatussauda 30g
Retails – RM199
🌷 SET BABY TRY ME 🌷
– 1 GBC 5g
– 1 DDC 5ml
– 1 Sabun Aqua Habbatusauda 30g
Retails – RM119

 

🌷 LIP CARE KIT (LIPBALM + lIPTINT) 🌷
Retails – Rm117

🌷 SERUM (15ML) 🌷
Retail – Rm159

🌷 CLEANSER (50ML) 🌷
Retails – Rm129

🌷 LOTION (100ML) 🌷
Retails -Rm79

🌷 TREATMENT LIP CREAM 🌷
Retails – RM62

🌷 SEMI MATTE LIPSTICK🌷
Retails – Rm59

🌷 BEAUTY WATER 🌷
Retails – Rm129

🌷SATIN SKIN AIR CUSHION🌷
Retails – RM 159

🌷 RUNAWAY DIVA PALLET EYESHADOW 🌷
Retails – RM 139

🌷MAKE ME BLUSH 🌷
Retails – RM 68

 

Poslaju Semenanjung free
Sabah Sarawak RM10

Korang boleh terus wasap.my/60133747473 untuk dapatkan cara pembayaran ya. 😍 

Filed Under: Furaiha Skincare, Harga 2017 Tagged With: Furaiha, Skincare Furaiha

Stokis Pengedar Agen Dropship Furaiha

28 August 2016 by NuyunNajmi 4 Comments

Alhamdulillah. Hari ni Kakyun nak kenalkan pengedar² skincare Furaiha bawah Empayar NuyunBiz.

furaiha gombak

STOKIS KL & SELANGOR

# Nuyun Najmi : KL, Gombak, Setapak, Batu Caves : 0133747473

PENGEDAR

SELANGOR

# Amni : Petaling Jaya, Universiti Malaya (UM), Uia Pj : Selfpick Up : 01131768644

# Nsei Njm : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Kajang : 0145296358

 

MELAKA

# Ibti : Sungai Udang, Tangga Batu : 0163332924

 

In Shaa Allah, Kakyun akan update senarai pengedar dari semasa ke semasa.

 

Filed Under: Furaiha Skincare Tagged With: Furaiha Sincare

Resepi Biskut Almond Cocochips

21 June 2016 by NuyunNajmi 4 Comments

Teks: Nuyun Najmi

Ok. Jom tengok Resepi Biskut Almond Cocochips pula hari ni. Biskut Almond Cocochips ni macam biskut famous amos. Rasanya lagi sedap dari yang beli tu. 😉

Biskut ni boleh dijual dengan harga rm25 hingga rm28 sebalang dengan kuantiti 50 biji.. Rasanya yang rangup, penuh rasa badam rangup di setiap gigitan dan sesekali tergigit cocochips yang sedap.. memang perghh!!

Keperluan biasa, cawan dan sudu sukatan. 😀

sudu ukuran biskutcawan sukatan biskut

Ok bahannya ye..
3/4 cawan butter (sukatan 3/4 bermaksud lebih kan sket dari separuh cawan)
1/4 cawan minyak masak(1/4 adalah kurangkan sikit dari setengah cawan)
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Manis ni dah ok, tapi kalau nak less sweet boleh kurangkan lagi. Terpulang.
1 sudu kecil esen vanilla.

Guna senduk kayu je, kalau takde.. gunalah whisk yang ada.
Kacau.. kacau ni asal sebati je ok.

2 cawan tepung gandum.
Sebaiknya tepung cap ros atau tepung cookies. Ada je jual di bakery.

Ayakla ye. 😀

Add on kat tepung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Adunan yang dikacau tadi, masukkan 1 biji kuning telur.

Masukkan tepung gandum dulu 1 cawan, yang dah diayak dgn bahan penaik
dan 1 sudu besar tepung beras. Tujuan nak bagi rangup. Kalau kehabisan tepung beras, boleh ganti 1 sudu besar emplex.

Ok tambahkan 1 sudu besar serbuk koko dan 1 cawan tepung gandum yang baki tadi.

Kemudian uli pakai tangan ye.

Sebatikan macam ni ye.

Tambahkan cocochips ikut banyak mana yang suka. Lagi banyak, lagi sedap. 😀

Guna badam flakes ni lebih rangup dan lebih sedap.

almond cocochips 11

Campurkan dan gaul sebati.

Masukkan doh dalam wrapping atau plastic bersih.

Ikat ketat, simpan peti ais 45 minit atau 1 jam.

Ok.. cubit2 manja je letak atas dulang pembakar yang disapu butter.

Agak2 je saiznya. Kalau rajin, timbang. 🙂

Kena jarakkan sebab biskut akan mengembang.

Panaskan oven 170 selama 5 minit.
Masukkan biskut dan bakar api atas bawah selama 25 minit.
Letak rak no 1 dari bawah.

Ok. Siap dah. Biskut ni memang rangup dan sedap.

Selamat buat biskut uols. 🙂

Filed Under: Kek Dan Biskut Raya, Resepi Biskut Almond Cocochips Tagged With: Resepi Biskut Almond Cocochips

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Go to page 4
  • Go to page 5
  • Go to page 6
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 80
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in