• Skip to secondary menu
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman
You are here: Home / Jenis Tepung Malaysia

Jenis Tepung Malaysia

Jenis Tepung Malaysia

7 October 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Hai semua follower Kakyun ☺️. Harini terasa nak berkongsi pula tentang jenis tepung kat Malaysia ni. Maklumlah semenjak Kakyun berkecimpung dalam bidang bakeri selama setengah tahun ni, banyak jenis-jenis tepung yang Kakyun baru kenal. 😁

Korang mesti expert dari Kakyun kan? 😀 Ok, jom belajar jenis-jenis tepung pulak.

FLOUR, yakni tepung. Kakyun selalu keliru juga bila kat pasaraya, ada tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). Tepung-tepung ni digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan semua jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek dan lain-lain.

Cuma setahu Kakyun, apa yang membezakan segala jenis tepung ni ialah kandungan proteinnya. Protein nilah yang akan menghasilkan gluten untuk setiap jenis produk. 

Antara tepung-tepung yang sering digunakan ialah;

RICE FLOUR – Kakyun panggil tepung beras. Tepung ni diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Selalunya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng

GLUTINOUS RICE FLOUR – Kita panggil ni tepung pulut. Terjadinya daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.l

PLAIN FLOUR / ALL PURPOSE FLOUR – Terkenal dengan nama tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek.

SUPERFINE FLOUR / CAKE  FLOUR – Kita panggil tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.

SELF-RAISING FLOUR – Tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bikarbonat. Jika menggunakan tepung ini dalam adunan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.

HIGH PROTEIN FLOUR – Rupa²nya tepung roti, Kakyun baru tahu 😂. Tepung ni mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.

PAU FLOUR / HONG KONG FLOUR – Sama sahaja dengan water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.

WHOLEMEAL / WHOLE WHEAT FLOUR – tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.

CORN  FLOUR – Kakyun panggil tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.

TEPUNG RED ROSE – Terkenal juga sebagai tepung biskut. Tepung ni pun baru ja Kakyun tahu kegunaannya. 😁Tepung Rose atau Tepung Biskut mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi korang tak perlu kurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung tak terlalu banyak.

Biskut yang guna resepi Rose Flour ni akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.

Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Sangat sesuai jika nak buat biskut Almond London.

TEPUNG SAGU – Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG OPTIMA – Tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Kalau korang nak tahu, tepung ni telah siap sedia untuk kita buat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan tu dengan Mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

CUSTARD POWDER – Korang panggil  tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna ke dalam adunan biskut.

TEPUNG HOEN KWEE – Tepung jenis ini diperbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh didapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.

TEPUNG BISKUT MARIE – Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.

TEPUNG KANJI KENTANG – Kegunaannya bagi memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.

TEPUNG ATTA – Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, jangan ayak! Tak pasal kek korang jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung ni, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

TEPUNG KACANG HIJAU – Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yang digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kuih tako.

Filed Under: Info, Petua, Tips, Jenis Tepung Tagged With: Jenis Tepung

Tips Minum Air 8 Gelas

4 October 2017 by NuyunNajmi 2 Comments

Kakyun nak kongsi tips untuk korang minum air putih 8 gelas 1 hari. Tips ni sebenarnya dah dikongsi oleh Kkm untuk bulan puasa. Maklumlah bulan puasa selalunya badan tak cukup air. Ramai netizen kena dehidrasi katanya.

Untuk pengetahuan korang. Jaringan tubuh manusia sendiri tersusun dari 80% air.

Jadi untuk mencegah dehidrasi ni, doktor galakkan kita minum 8 gelas air sehari.

Macam mana caranya kita minum 8 gelas air dalam sehari. Tambah² lagi bulan puasa. Takkan nak minum tengahari kan? Batallah puasa. 😅

Cuba tengok gambar bawah ni. 😀

Air Putih 8 Gelas Sehari 

Untuk hari biasa. Kakyun cadangkan,

1 gelas selepas bangun pagi. Takyah gosok gigi. Celik mata ja, baca doa bangun tidur. Terus minum air. 😁

1 gelas sebelum korang nak makan pagi atau nak bertolak pergi kerja. Digalakkan sediakan air di dalam kereta. Takpun bawa botol air ke mana².

1 gelas jam 10 pagi.

1 gelas sebelum makan tengahari. (Jam 1 tengahari)

1 gelas sebelum solat asar. (Jam 4 petang)

1 gelas sebelum solat mghrib. (Jam 7 malam)

1 gelas selepas isyak. (Jam 9 malam)

1 gelas sebelum tidur. (Jam 10 ke atas)

Ni tips Kakyun ja ya. Korang boleh ikut atau ubah ikut masa korang yang sesuai.

Filed Under: Info, Petua, Tips, Tips Minum Air 8 Gelas Tagged With: Minum 8 Gelas Air

Jamu Kolesterol Buang Lemak Dalam Badan

4 October 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Korang suka tak minum jamu? Ni Kakyun nak kongsi jamu buang kolesterol dan lemak dalam badan. Konfem amalkan ya, untuk sihat semestinya, bonus kekal kurus langsing.

Berikut adalah RESIPI kekal muda, cergas dan slim. Jamu ni amat bagus untuk korang yang nak buang kolesterol dan lemak dalam badan.

Resipi Jamu Mak Muda
100gm ibu kunyit segar*
100gm halia tua*
2 labu bawang putih*
2 liter air
1 biji lemon dihiris
Cara buat:
-blend halus semua yang tanda * bersama air.
– masukkan dalam periuk dan rebus sehingga air tinggal separuh.
– tapiskan. Keladak boleh disimpan untuk digunakan dalam masakan atau masker muka.
– pati yang ditapis, dipanaskan dengan masukkan hirisan lemon. Dimasak sehingga tinggal separuh air. Sejukkan dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh dibancuhkan dengan air mengikut kepekatan yang anda suka. Jika suka manis boleh letakkkan sesudu mkn madu.
* jika ada, bolehla ditambahkan halia bara 50gm dalam resipi ni.
* petua elak cepat tua, elakkan minuman berais dan kurangkan makanan manis.

Resipi masker kunyit
1 sudu hampas jamu+1 sdb tepung beras+ sedikit telur putih. Gaul sebati dan sapu pada muka.. biarkan hingga kering. Bersihkan dan lap bersih.

Filed Under: Info, Petua, Tips, Jamu Buang Kolesterol Tagged With: Jamu

Minyak Masak Terbaik

4 October 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Entri Kakyun kalini tentang kebaikan minyak masak di pasaran. Memandangkan sejak akhir² ini, Kakyun aktif berbakeri. Banyak penggunaan minyak jagung, minyak kacang, margerin dan butter dalam pembuatan kek. Itu yang terlebih rajin cari info. Alhamdulillah jumpa perkongsian dari Doktor yang Kakyun minati berkaitan homeopathy.

Ini perkongsiannya. “Ramai pula yang tanya tentang minyak masak. Saya syorkan minyak kelapa sawit. Ada dua jenis, yang biasa dan yang merah. Yang merah ada lebih banyak khasiat tapi yang biasa pun adalah minyak yang paling baik, sebab stabil pada suhu tinggi dan juga tidak akan hasilkan transfat.

Minyak kelapa sawit telah diburuk-burukkan oleh media barat sebab kepentingan ekonomi mereka, dan yang terakhir mereka suruh boycott sebab kononnya ladang sawit menyebabkan orang utan hilang tempat tinggal. mana ada! kita jaga orang utan kita siap ada sanctuary lagi.

Ada yang tanya minyak sunflower. Ia tak sestabil minyak kelapa sawit.

Canola oil jangan beli sebab ini minyak GMO yang asal dari rapeseed yang memang racun.

Corn oil, tak stabil bila goreng.

Cotton seed oil.. siapa pernah guna tahu habis melekat kat periuk belanga.

Minyak zaitun ya bagus tapi jangan guna untuk goreng.

Minyak kacang, senang perat (bau tak sedap/rosak). Minyak perat jangan guna. Minyak sawit pun jangan guna berkali kali sampai hitam. minyak rosak bahaya. Itulah sebabnya saya tak galakkan hari hari makan goreng pisang beli di warung. Saya pernah rawat penjual goreng pisang. dia baru mula menjual dalam 2 bulan dan bila tak habis, dia makan. Liver dia bengkak.

Kalau nak baca lebih tentang palm oil silakan ke link ini.

Info: Doktor Suriyakhatun.

Minyak sawit Malaysia
Minyak sawit terbaik

 

Minyak Masak Sihat
Minyak Sihat

 

Filed Under: Info, Petua, Tips, Minyak Masak Tagged With: Minyak Masak

Ekzema Dan Jangkitan Kuman

3 October 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Info ni kakyun ambil dari fb Dr Suriyakhatun. Memandangkan penyakit ekzema ni ada dalam keturunan kakyun, jadi perlu untuk Kakyun simpan apa² yang berkaitan dengan penyakit kulit ni ya. ☺️ Terima kasih doc.

Kebanyakan penyakit Ekzema dan jangkitan kuman ni, ramai orang yang kena. Cuma tidak ramai yang endahkan, mungkin sebab sudah biasa kena, tidak teruk, sapu krim sahaja boleh hilang. Itu yang menjadikan mereka pandang mudah.

Untuk pengetahuan korang, ekzema adalah radang kulit dan bila digaru, kulit akan melecet .

Bila kulit melecet, kuman akan serang kulit yang sudah melecet itu maka akan jadikan infeksi kulit.

Air yang keluar dari kulit yang melecet itu adalah serum. Serum adalah air dari dalam tisu badan. Warnanya kuning dan ia berbau sedikit hanyir. Bila ia menjadi pekat dan berbau kuat maka itu adalah infeksi kulit.

Bila anak ada ekzema dan kulit banyak melecet ada beberapa perkara yang kita perlu awasi .

1. Tempat-tempat banyak bakteria yang boleh menyebabkan infeksi :
a. taman permainan termasuk yang di pasaraya
b. tempat berpasir ( pantai atau playground)
c. tempat berhabuk – kemas bilik, bawah katil, bawah kerusi , rumah lama tinggal
d. kolam mandi
e. kerusi dimana-mana tempat awam termasuk shopping trolley.

Maka jika anak ada ketempat-tempat begini kita kena cepat bertindak untuk hindarkan dari kulit mendapat infeksi sebab infeksi kulit anak ekzema sukar ditangani dan pemberian antibiotik akan burukkan keadaan dengan membunuh kuman baik dan merosakkkan mikrobiome usus.

Ini langkah-langkah
1. Mandikan dan tukarkan pakaian
2. Bawa spray air campur T- tree dan Calendula , spray pada kulit anak secepat mungkin selepas mandi atau bersihkan dengan air anggota badan yang ada ekzema
3. Mandikan dengan air daun mambu ( Neem ) atau Epsom salt atau Magnesium Flakes
4. Spray collodal silver kekulit

Jika anak sudah dapat Infeksi kulit, awas bahawa air dan nanah dari kulit boleh jangkiti orang lain terutama yang ada luka. Asingkan pakaiannya dan lepik tempat tiidur dengan kain yang boleh dibasuhkan setiap hari . Rendam pakaian yang terkena air dari luka-lukanya dalam klorox, satu penutup dalam sebaldi air . Ini akan matikan kuman. Bilas bersih sebelum pakaian dicuci untuk buang kesan klorox. Bila klorox diurai ia jadi garam dan air. Sebab itu tidak toksik pada persekitaran.

Jangan guna antiseptik berbentuk kimia seperti chorhexidine.

Untuk anak yang sudah dijangkiti bawa ke doktor untuk rawatan. Jika mendapat antibiotik , berikan dan betulkan semula usus anak dengan prebiotik seperti gam arab dan probiotik seperti lacto-5 .

Faham ya?

Jika macam kes kakyun sendiri, selalunya akan gatal² dan mula timbul gegata yang berisi air. Memang gatal sangatlah. Kakyun akan sapukan dengan herbal blend shaklee je. Dalam 24 jam, konfem hilang.

  • Cuma ekzema anak² je yang serius sikit. Itu yang kena cari banyak info. 😊

Filed Under: Ekzema Jangkitan Kuman, Info, Petua, Tips Tagged With: Ekzema

  • « Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • …
  • Page 80
  • Next Page »

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • NuyunNajmi on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina
  • NuyunNajmi on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina
  • Shidah on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2019 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in