Memandangkan harini Deena Sofiyya yang berumur 11 bulan, asyik muntah dan batuk berkahak serta selesema. Kakyun Google la tentang penyakit ni. Padahal sebelum nipun kakyun dah buat 1 entri pasal Pneumonia ni. 😀
Apa itu Pneumonia?
Setakat pemahaman Kakyun, pneumonia atau dikenali juga infeksi paru-paru dapat menyebabkan kematian pada anak, terutama yang berusia di bawah lima tahun. Makin risau kakyun dibuatnya.
Macam mana nak kenali gejalanya dan cara mencegahnya?
Ibu bapa sebaiknya kena peka bila anak mengalami batuk dan gangguan pernafasan kerana, kebiasaannya ini akan menjadi tanda awal pneumonia.
Penyebab pneumonia ni sangat banyak sebenarnya, bermula dari bakteria, atau sejumlah virus. Contohnya macam virus dari jangkitan selesema.
Kebiasaannya pneumonia ini terjadi setelah saluran pernafasan dibahagian atas di antara hidung dan tekak terinfeksi.
Setelah dua hingga tiga hari, infeksi dapat menjalar ke paru-paru. Sistem imun yang lemah atau belum terbentuk sempurna tidak mampu mencegah infeksi awal yang ringan sehingga merebak ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia. Kesan pneumonia ini menjadikan jalan udara ke paru-paru boleh tersekat sehingga susah hendak bernafas.
Penyakit ini lebih senang dijangkiti oleh anak yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah.
Contohnya bayi yang kurang mendapat air susu ibu (ASI) atau anak yang kurang gizi, anak-anak dengan HIV, bahkan anak yang terkena jangkitan campak juga berisiko terkena pneumonia.
Tanda dan Gejala Pneumonia
Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau keadaan anak² yang mempunyai simptom pneumonia ini. Walaupun anak² dah dijangkiti, mereka tetap aktif bermain dan tidak menunjukkan tanda² bermasalah. Sebaiknya jangan menunggu sampai anak dah semput baru nak bergegas ke hospital.
Antara tanda dan gejala yang biasa ditunjukkan adalah ;
1. Batuk.
2. Hidung tersumbat.
3. Muntah.
4. Demam.
5. Nafas yang laju dan berbunyi.
6. Susah untuk menarik nafas sehingga dada berlekuk dan perut kelihatan kembung.
7. Rasa sakit di bahagian dada.
8. Kurang selera makan dan minum, mengakibatkan dehidrasi.
9. Pucat dan lesu.
10. Merengek, menangis dan menggigil.
Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada anak dijangkiti pneumonia atau tidak. Biasanya prosedur yang dilakukan adalah memeriksa pola pernafasan, tekanan darah, denyut jantung, suhu tubuh dan diambil sampel darah untuk memastikan jenis kuman yang telah dijangkiti. Dalam sesetengah keadaan, xray dibahagian dada juga diperlukan
Penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui batuk atau bersin serta merebak melalui berbagai peralatan makanan dan minuman.
Cara Mencegah
Beberapa langkah untuk mencegah pneumonia pada anak.
Berikan anak zat yang cukup, bagi anak yang berumur 6 bulan pertama. Banyakkan pemberian susu ibu (ASI) untuk menguatkan daya tahan anak bagi melawan penyakit secara semula jadi.
Lebihkan keperluan nutrisi anak² yang berumur 2 tahun ke atas dengan mengamalkan buahan, sayuran dan makanan tambahan lainnya. Kakyun memang amalkan garlic shaklee, Vitalea for kids dan omega guard shaklee.
Jangan lupa dapatkan juga Imunisasi, seperti imunisasi Hib (haemophilus influenzae type b), vaksin campak, serta imunisasi DPT (Difteri, Pertusis, dan Tetanus). Bagi kebanyakan orang, imunisasi ini merupakan cara paling efektif untuk mencegah pneumonia. Cuma kat MALAYSIA ni, vaksin adalah pilihan. Terpulang pada ibu bapa, buat yang terbaik untuk anak². 😁
Tiada ibu bapa yang seronok bila anak² sakit. Jadi raikanlah perbezaan pendapat sesama kita. Hanya Allah yang berkuasa, makhluk tiada kuasa. 😊