• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

Jenis Tepung

Jenis Tepung Malaysia

7 October 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Hai semua follower Kakyun ☺️. Harini terasa nak berkongsi pula tentang jenis tepung kat Malaysia ni. Maklumlah semenjak Kakyun berkecimpung dalam bidang bakeri selama setengah tahun ni, banyak jenis-jenis tepung yang Kakyun baru kenal. 😁

Korang mesti expert dari Kakyun kan? 😀 Ok, jom belajar jenis-jenis tepung pulak.

FLOUR, yakni tepung. Kakyun selalu keliru juga bila kat pasaraya, ada tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). Tepung-tepung ni digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan semua jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek dan lain-lain.

Cuma setahu Kakyun, apa yang membezakan segala jenis tepung ni ialah kandungan proteinnya. Protein nilah yang akan menghasilkan gluten untuk setiap jenis produk. 

Antara tepung-tepung yang sering digunakan ialah;

RICE FLOUR – Kakyun panggil tepung beras. Tepung ni diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Selalunya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng

GLUTINOUS RICE FLOUR – Kita panggil ni tepung pulut. Terjadinya daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.l

PLAIN FLOUR / ALL PURPOSE FLOUR – Terkenal dengan nama tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek.

SUPERFINE FLOUR / CAKE  FLOUR – Kita panggil tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.

SELF-RAISING FLOUR – Tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bikarbonat. Jika menggunakan tepung ini dalam adunan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.

HIGH PROTEIN FLOUR – Rupa²nya tepung roti, Kakyun baru tahu 😂. Tepung ni mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.

PAU FLOUR / HONG KONG FLOUR – Sama sahaja dengan water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.

WHOLEMEAL / WHOLE WHEAT FLOUR – tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.

CORN  FLOUR – Kakyun panggil tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.

TEPUNG RED ROSE – Terkenal juga sebagai tepung biskut. Tepung ni pun baru ja Kakyun tahu kegunaannya. 😁Tepung Rose atau Tepung Biskut mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi korang tak perlu kurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung tak terlalu banyak.

Biskut yang guna resepi Rose Flour ni akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.

Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Sangat sesuai jika nak buat biskut Almond London.

TEPUNG SAGU – Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG OPTIMA – Tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Kalau korang nak tahu, tepung ni telah siap sedia untuk kita buat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan tu dengan Mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

CUSTARD POWDER – Korang panggil  tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna ke dalam adunan biskut.

TEPUNG HOEN KWEE – Tepung jenis ini diperbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh didapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.

TEPUNG BISKUT MARIE – Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.

TEPUNG KANJI KENTANG – Kegunaannya bagi memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.

TEPUNG ATTA – Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, jangan ayak! Tak pasal kek korang jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung ni, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

TEPUNG KACANG HIJAU – Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yang digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kuih tako.

Filed Under: Info, Petua, Tips, Jenis Tepung Tagged With: Jenis Tepung

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in