• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

NuyunNajmi

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI

16 April 2019 by NuyunNajmi Leave a Comment

Dah lama simpan artikel ni nak buat simpanan dan rujukan diri sendiri. Harapnya bermanfaatla untuk menjaga kesihatan di waktu usia semakin menginjak ke angka 40. Bukan senang nak belajar fungsi-fungsi dan waktu fisiologi tubuh kita bekerja. Jadi ambil tahu mana yang terbaik ya.

Sedikit perkongsian dari rakan di whatsapp.

Bermula jam 5 hingga 7 pagi. Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul di dalam badan kita.

Pada jam 7 hingga 9 pagi pula, wajibkanlah diri supaya bersarapan atau makan pagi. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadangkala orang yang bersarapan lewat lepas pukul 9 pagi, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari. Harus tahu ya.

Dari jam 9 hingga 11 pagi, dikatakan organ limpa bekerja. Waktu ini kalau boleh elakkan makan. Minum boleh rasanya.

Dah masuk jam 11 hingga 1 tenghari. Jantung mula bekerja secara optimum. Jadi dinasihatkan tidak bekerja terlalu berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Dalam islam dipanggil waktu khailullah. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini. Wallahua’lam.

Manakala jam 1 hingga 3 tengahari. Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

Jam 3 hingga 5 petang, pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

Dah masuk jam 5 hingga 7 petang. Dikatakan ginjal bekerja secara optimum. Jadi elakkan badan terlalu dehydrated. Selalunya masa nilah ramai di kalangan kita yang beriadah. Harus ingat, banyakkan minum air dalam waktu ini.

Pada jam 7 hingga 9 malam pula perikardium bekerja. Tidak digalakkan mengambil makanan yang berat pada waktu ini.

Jam 9 hingga 11 malam pula adalah waktu terbaik untuk berehat dan tidur.

Jika jam 11 hingga 1 pagi belum tidur lagi, elakkan mengambil makanan berat. Ini kerana hempedu sedang bekerja. Risiko berat badan naik secara mendadak sangat tinggi.

Jam 1 hingga 3 pagi adalah waktu HATI bekerja untuk singkirkan toksik. Dinasihatkan tidak berjaga malam. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk “deep sleep”.

Akhir sekali jam 3 hingga 5 pagi. Bilamana PEPARU mula bekerja. Eloklah amalkan bangun dari tidur pada waktu ini. Dalam islam digalakkan bangun TAHAJJUD.😘
Bagi pesakit asma, peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.

 

Setakat ini sajalah perkongsian dari Kakyun untuk kalian semua, memahami waktu fisiologi tubuh berfungsi agak bagus untuk pengetahuan kita. betul tak? 😍

Filed Under: Info, Petua, Tips, Waktu Fisiologi Tubuh Tagged With: Waktu Fisiologi Tubuh

USM Temui Keladi Tikus Ubat Kanser

27 November 2018 by NuyunNajmi Leave a Comment

ARKIB : 17/08/1998

 

USM temui keladi tikus ubat kanser.

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai ‘keladi tikus’ atau nama saintifik ‘Typhonium Flagelliforme’ yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.

”Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghadapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zeland, Amerika Syaikat, India, Indonesia dan Australia.

Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.

”Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus.

”Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,” katanya.

Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.

Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari.

”Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

”Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,” tambah beliau.

Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam.

Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurnya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal.

”Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,” jelas beliau.

Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self-healing).

 

NOTA : Diambil dari utusan online. Untuk rujukan masa hadapan.

 

Filed Under: Keladi Tikus Tagged With: Keladi Tikus

Cara Pilih Ciri Handphone Budjet Murah

27 November 2018 by NuyunNajmi Leave a Comment

Sebenarnya entri ni bertujuan untuk rujukan Kakyun di masa depan bila nak cari handphone baru. Maklumlah beli handphone ni bukannya sebulan sekali, malah mengambil masa bertahun juga.

Ini pun Kakyun terjumpa perkongsian menarik dari infosantai.

Bolehla kalian baca kat situ pula jika tak faham apa yang Kakyun ceritakan kat sini ya.

 

Oklah, mula-mula sekali sebelum nak pilih jenama atau model handphone, kita kena tahu dulu apa yang kita nak untuk handphone baru.

Jadi yang penting kat sini, selain harga murah. Kita kena juga target spesifikasi: Quad-Core 1.2GHz, 2GB RAM sekurang-kurangnya, 16GB Internal Memory, 13MP f/2.0, bateri 3000mAh.

Ini antara ciri-ciri minimum smartphone murah yang terbaik setakat Kakyun bacalah. Cuma yang paling penting antara yang terpenting kena ada.. mestilah ‘support 4G LTE‘. Selain itu ;-

1- Kena ambil kira juga skrin pixel density yang selalunya dilabel sebagai DPI atau PPI. Sasaran adalah paparan dengan DPI/PPI atas 250.

2- Manakala untuk RAM pula haruslah 2GB ke atas supaya handphone kita tak jadi lembap. Terbaiknya pilihla 3GB ya.

3- Processor (clock speed): Sekurang-kurangnya 1GHz. Processor (Jumlah core): Sekurang-kurangnya 4 cores (quad-core).
Processor (ARM/ARM64 vs X86/X64): Sentiasa pilih processor jenis ARM. Penggunaan kuasa bateri lebih rendah @ bateri tahan lebih lama.

4- Bagi Internal Storage atau kita panggil juga ruang penyimpanan, pilihlah yang bersaiz 16GB ke atas.

5- Bateri mestilah 3000mAh ya, bila lagi tinggi mAh nya lagi bagus.

6- Akhir sekali, wajiblah nak pilih kamera handphone yang berkualiti. Jadinya kita kena tengok betul-betul bahagian Megapixel: Kamera atas 8MP (belakang) dan 5MP (depan/selfie) sudah dikira ok katanya.

Sudah tentu lagi besar MP nya lagi baik kualiti kameranya.

– Kamera (Aperture): Aperture dilabelkan seperti ini “f/2.0”. Lagi kecil nombor lagi baik (contoh f/2.0 lagi baik daripada f/2.2).
– Kamera (resolusi & frame rate): Untuk tujuan video lagi tinggi resolusi (720p, 1080p, 2160p) dan frame rate (30fps, 60fps, 120fps) lagi baik.
– Kamera (Penstabil image): OIS (Optical Image Stabilization) atau EIS (Electronic image stabilization) adalah bonus. — OIS lebih baik daripada EIS. kedua-duanya berfungsi sebagai penstabil gambar kamera dan video. Selalunya pada handphone mahal sahaja.
– Bacaan tambahan: 30 Tips Fotografi Hp.

Bab kamera handpone ni, selalunya Kakyun akan pilih yang kamera belakang 13MP. Depan tu pun 5MP je.

Tapi jika budget kalian lebih daripada RM500, carilah ciri-ciri handphone yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi daripada senarai kat atas. Lagipun harga handphone sentiasa berubah kan. Ikut trend dan juga model.

 

Oklah, tu sahaja untuk perkongsian tentang kriteria atau ciri-ciri handphone budget murah yang Kakyun perlukan setakat ni. Jenis-jenis handphone pula, tak sempat nak luangkan masa buat perbandingan antara semua model handpone yang ada di pasaran sekarang.

Kalian boleh jenguk di infosantai, bm.soyacincau dan banyak lagi. Google je ya, semua ada. Hehehehe.

Filed Under: Ciri Handphone Budget Murah, Info, Petua, Tips Tagged With: Ciri Handphone Budget Murah

Mooncake Halal Gombak

2 November 2018 by NuyunNajmi Leave a Comment

Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang ‘update’. Harini Kakyun nak berkongsi ilmu membuat mooncake.

 

Sebenarnya Kakyun teramatlah sibuk menghabiskan masa dengan kerja ‘membaking’ di samping anak perempuan berusia 2 tahun yang manja. Nak buat kerja² seharian agak mencabar dengan karenahnya yang mahu bertepek sepanjang masa 😂. Kalian yang ada anak kecil macam ni, pasti faham kan! 😅

 

Oklah, ini semua antara mooncake yang Kakyun buat sendiri. Belajar melalui YouTube dan juga pjj.

Resepi yang Kakyun guna ni, lepas dah buat penambah baikan dari resepi dari Youtube.

BAHAN KULIT untuk mooncake.

230 golden syrup

70g minyak kacang (jenama apapun takpe)

1/2 sudu kecil air abu (alkaline water)

300g tepung berprotein rendah @ tepung gandum

 

Cara membuatnya mudah sahaja.

Satukan minyak kacang, golden syrup dan air abu dalam bekas adunan. Kacau sehingga sebati semua bahan tersebut. Pastikan betul² sebati. Guna whisk ya. Kalau guna spatula, kena ambil masa lama. Tak perlu guna hand mixer 😊.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli dengan tangan je, yang penting guna glove plastik, kerana adunan akan melekat di tangan. Jangan terlebih uli, agak² dah sebati. Cukup dah.

Perap adunan 1 jam pada suhu bilik.  Tutup dengan plastik je. Tak perlu guna bekas kedap udara.

Untuk inti pula, boleh  guna yang homemade atau beli siap di kedai bakeri.

Inti red bean atau pandan. Pastikan inti yang digunakan khas untuk mooncake. Jika takde, boleh guna inti pau. Cuma kena tambahkan sedikit tepung gandum bagi kentalkan sikit inti tersebut.

 

Untuk jadikan mooncake yang sesuai ketebalan antara inti dan kulit. Kita hendaklah jadikan inti sebanyak 100g dan kulit 50g. Ini untuk acuan mooncake saiz 125g ya.

Jika kalian mahu jadikan mini mooncake, kalian kena timbang inti sebanyak 35g dan kulit 25g. Acuan kena guna 60g/50g.

 

Mudah je. Bulatkan inti, leperkan kulit dan balut inti dengan kulit tersebut  sehingga menutupi keseluruhan inti ya.

Masukkan ke dalam acuan yang dah disapu tepung, terap dengan memegang acuan supaya adunan tidak terkeluar dari bawah acuan bila kita tekan.

Tolak keluar adunan yang dah diterap. Adunan takkan melekat, jika acuan disapu tepung secukupnya.

Bakar selama 15 minit, pada suhu 150°c. Rehatkan 10 minit, sapu kuning telur dan bakar lagi selama 15  minit dengan suhu yang sama. Api atas bawah ya.

Tips : Mooncake tak boleh dibakar dalam suhu yang tinggi dengan jangka masa yang lama. Nanti kembang dan tak cantik. Bakar ulang kali digalakkan.

 

Mooncake ni tak perlu simpan sejuk. Biar pada suhu bilik dan dalam bekas bertutup  Makin lama simpan, makin sedap sebab minyak dari mooncake akan menyebabkan warna mooncake berkilat dan cantik. Kulit jadi lembut, berlainan masa mula² masak. Kulit agak keras sedikit.

Jangka tahan lebih kurang 1 bulan. Ok. Semoga bermanfaat. 😍.

Filed Under: Kek Dan Biskut Raya, Mooncake Tagged With: Mooncake Halal

Cara Guna Pokok Keladi Tikus

7 November 2017 by NuyunNajmi 18 Comments

Alhamdulillah, harini Kakyun nak kongsi cara penggunaan pokok herba keladi tikus ni sebab kakyun ada tanam pokok ni. 😀 Nak kena simpan untuk rujukan masa depan juga.

Pokok Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme)

Kat bawah ni, Kakyun senaraikan juga beberapa jenis penyakit yang boleh kita usahakan dengan khasiat pokok keladi tikus ya.

1. Penyakit KANSER.

Ambil 3 batang pokok keladi tikus yang sudah matang (bersaiz besar). Cuci dengan air bersih bagi menanggalkan kotoran yang terlekat pada pokok herba tersebut. Tumbuk dengan lesung batu hingga hancur dan tambah 3 sudu makan air masak. Dengan menggunakn penapis, ekstrak pati keladi tikus tersebut menggunakan penapis plastik. Minum ekstrak pati tersebut 3 kali sehari 30 minit sebelum serapan atau makan. Namun jika mengalami masalah kembung perut (angin) minum pati keladi tikus selepas makan.

Kalian boleh menambah 1 sudu kecil madu untuk mengurangkan kesan gatal pada korongkong.

 

2. Penyakit BISUL.

Ambil 5 helai daun keladi tikus, tumbuk hingga lumat dan tampal disekeliling pada bisul tersebut. Tidak lama kemudian nanah bisul akan boleh keluar.

 

3. KEMBUNG PERUT disebabkan angin.

Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus, masukkan ke dalam cawan dan tuang dengan air panas. Tunggu air tersebut menjadi sejuk dan kacau terlebih dahulu sebelum diminum.

 

4. MENYAHTOKSIN dalam tubuh badan.

Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus. Cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu makan air masak dan ekstrak pati tersebut dan tambah 1 sudu kecil madu untuk kurangkan rasa gatal. Minum ekstrak pati tersebut 30 minit sebelum makan pagi dan petang.

 

5. Mengurangkan BATUK.

Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus, cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu madu dan ekstrak pati dan minum pada pagi sebelum serapan.

 

Antara MANFAAT pokok herba keladi tikus ialah:

1. Meningkatkan imunisasi tubuh badan ke tahap maksimum seterusnya meningkatkan kecerdasan tubuh badan.

2. Sebagai antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh badan dari radikal-radikal bebas.

3. Sebagi anti-kanser yang berfungsi untuk merencatkan dan mencegah pertumbuhan semula sel kanser yang baru.

4. Membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap rawatan kimoterapi bagi penghidap kanser.

5. Anti-inflamasi dan anti keradangan.

6. Dapat mengurangkan masalah batuk.

7. Berkesan menyahtoksin dalam badan.

8. Meningkatkan selera makan.

9. Berkesan mengubati bisul.

10. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

11. Membersihkan racun dalam sistem pencernaan.

12. Membantutkan pertumbuhan sel tumor.

13. Anti-asma yakni dapat mengurangkan gangguan asma.

14. Dapat mengurangkan kembung perut.

Walaupun begitu, tidak semua kanser sesuai dengan mengamalkan herba keladi tikus ni ya.

Jadi Kakyun senaraikan untuk kanser yang sesuai sahaja.

Kanser Serviks.

Kanser Usus Besar.

Kanser Paru-Paru.

Kanser Pankreas.

Kanser Rektum.

Kanser Otak.

Kanser Hati.

Kanser Tulang.

Kanser Lymphoma.

Kanser Limpa.

Kanser Darah Atau Leukimia.

Kanser Ginjal.

Kanser Hempedu.

Kanser Payudara – Zat Dalam Keladi Tikus Yang Bermanfaat Dalam Mengubati Kanser Payudara. Di dalam umbi keladi tikus terdapat ekstra etanol sebanyak 50%. Etanol tersebut bermanfaat untuk mencegah penyebaran sel kanser di payudara.
Ekstra typhonium flagelliforme selain bermanfaat dalam detoksifikasi juga bermanfaat untuk mencegah penyebaran sel kanser.

Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,”. Rujukan pokok keladi tikus di sini.

Info PENTING!

• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.

• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.

• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rosak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru.

• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastik.

• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / maajun.

• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya.

Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.

• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal di anggota badan.

Filed Under: Info, Petua, Tips Tagged With: Pokok Keladi Tikus

  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 80
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in