• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

USM Temui Keladi Tikus Ubat Kanser

27 November 2018 by NuyunNajmi Leave a Comment

ARKIB : 17/08/1998

 

USM temui keladi tikus ubat kanser.

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai ‘keladi tikus’ atau nama saintifik ‘Typhonium Flagelliforme’ yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.

”Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghadapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zeland, Amerika Syaikat, India, Indonesia dan Australia.

Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.

”Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus.

”Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,” katanya.

Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.

Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari.

”Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

”Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,” tambah beliau.

Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam.

Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurnya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal.

”Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,” jelas beliau.

Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self-healing).

 

NOTA : Diambil dari utusan online. Untuk rujukan masa hadapan.

 

Kongsikan kisah ini:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)

Related

Filed Under: Keladi Tikus Tagged With: Keladi Tikus

About NuyunNajmi

Suri Yang Bekerja Dari Rumah Bersama 4 Orang Cahayamata. Sangat Meminati Bidang Bakeri Dan Gigih Mencari Ilmu Perniagaan. Pangkat Coordinator Dalam Organisasi Shaklee. Pengasas Empayar DuniaVitamin Di Bawah Team Jutawan Dan Rakan Nutrisi.
“Committed to coach newbies under my team who willing to come out from comfort zone and achieve dreams”

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in