Kakyun nak kongsi cara penggunaan pokok herba keladi tikus ni sebab kakyun ada tanam pokok ni. 😀 Nak kena simpan untuk rujukan masa depan.
Ni beberapa jenis penyakit yang boleh kita usahakan dengan khasiat pokok keladi tikus.
1. Penyakit kanser
Ambil 50 gram atau 3 batang pokok keladi tikus yang sudah matang (bersaiz besar). Cuci dengan air bersih bagi menanggalkan kotoran yang terlekat pada pokok herba tersebut. Tumbuk dengan lesung batu hingga hancur dan tambah 2 hingga 3 sudu makan air masak. Dengan menggunakn penapis, ekstrak pati keladi tikus tersebut menggunakan penapis plastik. Minum ekstrak pati tersebut 3 kali sehari 30 minit sebelum serapan atau makan. Namun jika mengalami masalah kembung perut (angin) minum pati keladi tikus selepas makan.
Anda boleh menambah setengah sudu makan madu untuk mengurangkan kesan gatal pada korongkong.
2. Penyakit bisul
Ambil 5 helai daun keladi tikus, tumbuk hingga lumat dan tampal disekeliling pada bisul tersebut. Tidak lama kemudian nanah bisul akan boleh keluar.
3. Kembung perut disebabkan angin
Ambil 2 hingga 3 helai daun pokok keladi tikus, masukkan ke dalam cawan dan tuang dengan air panas. Tunggu air tersebut menjadi sejuk dan kacau terlebih dahulu sebelum diminum.
4. Menyehtoksin dalam tubuh badan
Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus. Cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu makan air masak dan ekstrak pati tersebut dan tambah sedikit madu untuk kurangkan rasa gatal. Minum ekstrak pati tersebut 30 minit sebelum makan pagi dan petang.
5. Mengurangkan batuk
Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus, cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu madu dan ekstrak pati dan minum pada pagi sebelum serapan.
Antara manfaat pokok herba keladi tikus ialah:
1. Meningkatkan imunisasi tubuh badan ke tahap maksimum seterusnya meningkatkan kecerdasan tubuh badan.
2. Sebagai antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh badan dari radikal-radikal bebas.
3. Sebagi anti-kanser yang berfungsi untuk merencatkan dan mencegah pertumbuhan semula sel kanser yang baru.
4. Mambantu mengurangkan kesan sampingan terhadap rawatan kimoterapi bagi pengidap kanser.
5. Anti-inflamasi dan anti keradangan.
6. Dapat mengurangkan masalah batuk.
7. Berkesan menyahtoksin toksin dalam badan.
8. Meningkatkan selera makan.
9. Berkesan mengubati bisul.
10. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
11. Membersihkan racun dalam sistem pencernaan.
12. Membantutkan pertumbuhan sel tumor.
13. anti-asma yakni dapat mengurangkan gangguan asma.
14. Dapat mengurangkan kembung perut.
Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,”. Rujukan pokok keladi tikus
Info PENTING!
• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rosak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru.
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastik.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / maajun.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya.
Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.
Leave a Reply