Alhamdulillah. Sedikit perkongsian macam mana mahu buat surat perletakan jawatan notis 24 jam. Maklumlah, sejak berhenti sekolah lepas peperiksaan SPM, tak pernah lagi mengarang surat rasmi. Surat-surat biasa tu adalah juga. Memandangkan sudah lama tidak mengarang surat, agak terkial-kial jugalah. Habis buku-buku lama dibelek-belek, entah macam mana boleh terlupa nak tanya “mr google”. Hehehehe. 😅
Sebenarnya surat ni Kakyun karang khas untuk majikan Kakyun, tapi Kakyun sudah ubah suailah sikit. Untuk tatapan umum hanya perlukan yang penting-penting sahaja ya.
Apa yang perlu adalah ;
1. Tarikh mahu berhenti/notis berapa bulan.
2. Sebab mahu berhenti.
3. Pengalaman semasa bekerja (pujian sikit).
Peentingnya surat perletakan jawatan ni adalah untuk simpanan majikan. Mana tahu nanti dapat tawaran kerja lain, bakal majikan kita yang baru akan menghubungi majikan lama. Jadi kenalah tulis yang baik-baik sahaja. Betul tak? 😄
Jom kita tengok surat yang Kakyun sudah karang ni ye.
🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞
Nurulhuda binti Mohd Najmi,
No 12, Jalan 34/56,
Taman Rasa Sayang,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
_________________________________
Dekan,
Fakulti Pergigian,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
MALAYSIA. 03 Januari 2014.
Puan,
PER: PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya Nurulhuda binti Mohd Najmi bertugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian, ingin memaklumkan perletakan jawatan saya yang akan berkuat kuasa pada 03 Februari 2014.
Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas Fakulti, tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah pengurusan rumahtangga, terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital, serta menjaga adik saya yang menghidap kanser darah. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………….
(NURULHUDA BINTI MOHD NAJMI )
Pembantu Pembedahan Pergigian,
Universiti Malaya.
Siap. Mudah je kan. Oklah, Kakyun harap contoh surat perletakan jawatan notis 24 jam ni dapat bantu kawan-kawan yang memerlukan.
Jumpa lagi di lain entri ya 😁.
Leave a Reply