Alhamdulillah, memandangkan sekarang ni ramai sudah yang celik emas. Kakyun kongsi dengan korang, sebab-sebab kenapa korang perlu sangat simpan emas.
(1) Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.
(2) Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.
(3) Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).
(4) Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
(5) Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
Oklah, kat atas ni semua antaranya lah ya. Kakyun rasa banyak lagi sebab² yang korang rasa kenapa perlu simpan emas. Fikir²kanlah ya 😍.
Leave a Reply