• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

Archives for September 2017

5 Sebab Kenapa Perlu Simpan Emas

28 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Alhamdulillah, memandangkan sekarang ni ramai sudah yang celik emas. Kakyun kongsi dengan korang, sebab-sebab kenapa korang perlu sangat simpan emas.

(1) Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.

(2) Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.

(3) Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).

(4) Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.

(5) Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.

Oklah, kat atas ni semua antaranya lah ya. Kakyun rasa banyak lagi sebab² yang korang rasa kenapa perlu simpan emas. Fikir²kanlah ya 😍.

Filed Under: Info, Petua, Tips, Kenapa Simpan Emas Tagged With: Simpan Emas

Contoh Surat Perletakan Jawatan

16 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Alhamdulillah. Sedikit perkongsian macam mana mahu buat surat perletakan jawatan notis 24 jam. Maklumlah, sejak berhenti sekolah lepas peperiksaan SPM, tak pernah lagi mengarang surat rasmi. Surat-surat biasa tu adalah juga. Memandangkan sudah lama tidak mengarang surat, agak terkial-kial jugalah. Habis buku-buku lama dibelek-belek, entah macam mana boleh terlupa nak tanya “mr google”. Hehehehe. 😅 Baca artikel ini →

Filed Under: Info, Petua, Tips Tagged With: Contoh Surat Perletakan Jawatan

SAYUR LEMAK PUTIH KELANTAN

16 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Alhamdulillah, memandangkan harini Sabtu hujung minggu. Bolehla bersilat kat dapur jap. Menu harini mudah je. SAYUR LEMAK PUTIH versi orang Kelantan. Untuk newbie macam Kakyun ni, kena sukat² ya. Hehehehe 😄

Bahan²nya mudah je.

Sediakan sayur² kegemaran korang ya. Kakyun letak bunga kobis, lobak merah, kobis bulat. (Terung/kacang panjang/petola) sayur pilihan.

7 ulas bawang merah saiz sederhana ditumbuk.

1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar. Lada hitam serbuk kurang sesuai, tapi boleh je guna.

1 cubit ikan bilis, rendam air. Tumbuk bagi nampak hancur sikit ya.

1 ekor ikan sardin (selayang). Kalau takde, ikan apa² pun tak kisah, asal isi ikan. (rebus kosong je ya, takyah garam. Tumbuk isi, tulang buang).

1 kotak kecil santan kara. Atau 1 mangkuk santan pekat.

1 kotak air. (guna kotak santan tadi).

1 genggam soohoon rendam air suam 5 minit.  (macam bihun). 😁

1 keping foochuk rendam air suam 5 minit. (macam getah gitu). 😅

1 biji cili besar merah dan hijau dihiris serong.

1 sudu besar gula.

Garam & perisa secukup rasa ya.

Cara nak buat, mudah semudahnya. ☺

Korang hanya satukan semua bahan² ke dalam periuk.

Pasang api sederhana, masukkan air dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak sehingga mendidih. Lepas tu masukkan gula.

Tutup api, baru perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika suka).

Siap dah.

Kuah sayur lemak putih ni, biasanya Kakyun gandingkan dengan ayam masak merah. Bila makan dengan nasi panas² memang kena sangat la.

Korang cubala. 😍

Filed Under: RESEPI DAPUR KECIL, Sayur Lemak Putih Kelantan Tagged With: Sayur Lemak Putih

13 Manfaat Jadi Ahli KTJGroup

14 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Harini Kakyun nak kongsi sikit, manfaat yang korang akan dapat bila join ahli Ktjgroup. Caranya ialah dengan pembelian Pakej Ahli KTJGroup sebanyak RM330 di Website DeenaEmas. Selepas pembayaran, hq akan aktifkan keahlian korang.

Kelebihan atau manfaat lain yang korang akan dapat ialah ;

1. Pembayaran untuk ahli disertakan juga 1 gram Gold Coin 999.9.

2. Setiap ahli yang didaftarkan mesti akan terima sms No ID VIP dari Hq.

3. Ahli akan menerima web promosi unik dengan pilihan nama sendiri.

4. Paling PENTING, ahli semestinya dapat akses ke mall online KTJGroup samaada DEALER atau MD.

**Dalam mall ada semua details Katalog Barang Kemas & Goldcoin
**Semua proses order melalui mall online

5. Dapat beli dengan harga ahli (lebih murah daripada pasaran)

6. Dapat beli Barang Kemas LELONG dari mana-mana DEALER, MD @ HQ

7. Dapat free consultation dr DEALER & MASTER DEALER terdekat untuk MARKETING PLAN @ TRADING EMAS

8. Dapat BONUS JUALAN PERIBADI

9. Dapat BONUS JUALAN RAKAN NIAGA (1 Generasi)

10. Dapat BONUS PENGENALAN AHLI

11. Dapat BONUS PENGENALAN DEALER

12. Berpeluang melancong dengan tajaan KTJGroup

13. Akhir sekali, sebagai ahli KtjGroup. Anda dapat ramai kenalan yang berstatus OTAI dalam bisnes emas ini. 😍

Agak², rugi ke jika anda join? 🤔

Filed Under: Info, Petua, Tips, Kelebihan Ahli KtjGroup Tagged With: Barang Kemas 916 Terkini, Emas 999, KTJGold, KTJGroup, Syiling Emas

5 TIPS BELI BARANG KEMAS 916

12 September 2017 by NuyunNajmi Leave a Comment

Memandangkan sekarang ni kakyun aktif berbisnes emas 999 dan barang kemas 916 sebagai Dealer Keunggulan Terengganu Jewelery (KTJ) dan juga sebagai Stokis Powergold. Jadi kakyun nak kongsi 5 tip untuk korang ya.

Pertama sekali korang kena tanya dulu harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi kakyun, elok kira dalam kiraan gram, sebab nanti kita nak kira harga bersih segram. Faham ya? 🤔

Yang kedua, korang mesti tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada jenis paten atau design barang korang pilih ya. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 untuk upah sahaja. Serius, langsung tak tipu! 😁

Tips ketiga pula, cuba tanya ada GST atau tidak. Biasanya bila harga pergram rendah dan upah rendah, maka kadar GST pun rendah. Betul tak? 😄

Keempat, korang kena juga tahu cara kira harga barang kemas. Contohnya,
(Berapa gram x harga segram + upah + GST 6% = ? )
Selalunya staf kedai emas ni terus tap tap kalkulator kira TOTAL. Jadi korang kena tanya detail ya, berapa HARGA SEGRAM dan UPAH. Penting kena tahu untuk korang semak balik kiraan supaya Tidak terjadi kes TERTIPU!

Akhir sekali, tips paling penting ni.. Jika satu masa nanti korang teringin nak beli emas. Korang cari emas KTJGold ya, sebab apa? Sebab, emas dari KTJGold sangat berkualiti dengan design terkini. 😍

Ingin emas ktj, ingat Kakyun!

Korang! Boleh jadi ahli untuk dapatkan harga emas yang murah. Kat sini je detailnya. DeenaEmasGroup!

Filed Under: Info, Petua, Tips, Tips Beli Emas Tagged With: Barang Kemas 916 Terkini, Emas 916, Emas 999

  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in