Teks: Nuyun Najmi
Alhamdulillah, memandangkan dah masuk bulan Ramadhan. Kakyun nak kongsi resepi kek dan biskut raya. Jom kita tengok kompilasi resepi kek dan biskut raya dari Azlina Ina. Kakyun memang mencari resepi yang mudah dan cepat. Bahan² untuk membuatnya pun tak susah untuk Kakyun dapatkan. Tambahan pula kedai bahan bakeri bake well pun dekat je. 🙂 Jadi sangat senang.
Tahun ni cadangnya nak buat kek keju mangga dan kek oren. Biskut pula semestinya kena ada semperit, almond london, makmur atau biskut arab, dan tart. Yang lain tu tengok ada upaya lagi tak, dengan kandungan 7 bulan ni, cepat letih rasanya, 🙂
Oklah, jom kita tengok list resepi biskut yang ada. Resepi kek boleh tengok entri sebelum ni.
BISKUT ALMOND LONDON
BISKUT ALMOND SNOW
BISKUT ALMOND COCOCHIPS
BISKUT BANGKIT SUSU
BISKUT CORNFLAKES ALMOND BALL COKLAT
BISKUT GAJUS
BISKUT JEJARI NESTUM
BISKUT KRISTAL CINTA
BISKUT KELAPA CRUNCY CREAMY
BISKUT MAKMUR PANDAN SUSU
BISKUT MAZOLLA
BISKUT SEMPERIT KLASIK GOLD
BISKUT SEMPERIT MARBLE NUTELLA
BISKUT SEMPERIT CHEESE
BISKUT TART NENAS
Ini antara biskut yang Kakyun dah kumpulkan, ada antaranya yang Kakyun dah cuba. Alhamdulillah, raya tahun ni meriah dengan pelbagai biskut raya, uols buatlah ye. Boleh rasa air tangan sendiri. Biskut tunjuk boleh kurangkan memandangkan harga pun mahal. 😉
Resepi kek biskut raya ni halal je untuk dikongsi, tak perlu minta dah. Kakyun simpan untuk rujukan masa mendatang. Tak perlu nak skrol beria di fb.
In Shaa Allah, mudah nak follow dengan step by step. Cuma kena diy (do it yourself).. hehehehe.. Kalau tak, memang tak jadilah biskut² raya ni. Kakyun akan buat untuk tempahan area gombak sahaja. Cuma tahun ni, Kakyun tak buatlah.. sebab dah jadi mak buyung kan. Tak mampulah nak oiii. 😀
Oklah, stop dulu untuk hari ni. Sambung entri akan datang pulak ye. Jumpa lagi. 😉
Leave a Reply