• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

Archives for June 2016

Resepi Biskut Almond Cocochips

21 June 2016 by NuyunNajmi 4 Comments

Teks: Nuyun Najmi

Ok. Jom tengok Resepi Biskut Almond Cocochips pula hari ni. Biskut Almond Cocochips ni macam biskut famous amos. Rasanya lagi sedap dari yang beli tu. 😉

Biskut ni boleh dijual dengan harga rm25 hingga rm28 sebalang dengan kuantiti 50 biji.. Rasanya yang rangup, penuh rasa badam rangup di setiap gigitan dan sesekali tergigit cocochips yang sedap.. memang perghh!!

Keperluan biasa, cawan dan sudu sukatan. 😀

sudu ukuran biskutcawan sukatan biskut

Ok bahannya ye..
3/4 cawan butter (sukatan 3/4 bermaksud lebih kan sket dari separuh cawan)
1/4 cawan minyak masak(1/4 adalah kurangkan sikit dari setengah cawan)
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Manis ni dah ok, tapi kalau nak less sweet boleh kurangkan lagi. Terpulang.
1 sudu kecil esen vanilla.

Guna senduk kayu je, kalau takde.. gunalah whisk yang ada.
Kacau.. kacau ni asal sebati je ok.

2 cawan tepung gandum.
Sebaiknya tepung cap ros atau tepung cookies. Ada je jual di bakery.

Ayakla ye. 😀

Add on kat tepung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Adunan yang dikacau tadi, masukkan 1 biji kuning telur.

Masukkan tepung gandum dulu 1 cawan, yang dah diayak dgn bahan penaik
dan 1 sudu besar tepung beras. Tujuan nak bagi rangup. Kalau kehabisan tepung beras, boleh ganti 1 sudu besar emplex.

Ok tambahkan 1 sudu besar serbuk koko dan 1 cawan tepung gandum yang baki tadi.

Kemudian uli pakai tangan ye.

Sebatikan macam ni ye.

Tambahkan cocochips ikut banyak mana yang suka. Lagi banyak, lagi sedap. 😀

Guna badam flakes ni lebih rangup dan lebih sedap.

almond cocochips 11

Campurkan dan gaul sebati.

Masukkan doh dalam wrapping atau plastic bersih.

Ikat ketat, simpan peti ais 45 minit atau 1 jam.

Ok.. cubit2 manja je letak atas dulang pembakar yang disapu butter.

Agak2 je saiznya. Kalau rajin, timbang. 🙂

Kena jarakkan sebab biskut akan mengembang.

Panaskan oven 170 selama 5 minit.
Masukkan biskut dan bakar api atas bawah selama 25 minit.
Letak rak no 1 dari bawah.

Ok. Siap dah. Biskut ni memang rangup dan sedap.

Selamat buat biskut uols. 🙂

Filed Under: Kek Dan Biskut Raya, Resepi Biskut Almond Cocochips Tagged With: Resepi Biskut Almond Cocochips

Resepi Biskut Semperit Asli

21 June 2016 by NuyunNajmi 2 Comments

Teks: Nuyun Najmi

Hari ni Kakyun kongsi pula resepi biskut semperit asli. Jom tengok resepi yang mudah dan cepat untuk uols ikut. Memang sangat senang dan dijamin sedap. Uols jangan risau, konfem jadi biskut raya uols. 🙂

Langkah pertama kena ada butter cup kalau guna majerin boleh tapi rasa susunya kurang dan kemungkinan agak masin.

Untuk biskut, Kakyun cadangkan guna buttercup ketul/buku.. sebab yang dalam bekas/tin ni terlalu berminyak. Sesuai untuk buat kek.

 

2. Guna acuan cawan ye, tak kiralah besar mana cawan tu. Sama je. Jangan guna gelas yang panjang tu. Untuk sukatan ni, mesti guna cawan yang sama. Kakyun guna acuan cawan dan sudu macam ni. Senang nak agak, kalau guna cawan minum tu, sangatlah.. hehehe.. 🙂

cawan sukatan biskut

3. Sukat ½ cawan butter ye.

4. Susu pekat 1/4 cawan (sukatan 1/4 ni adalah dalam 6 sudu besar). Dan esen vanila 1 sudu kecil. 

5. Guna senduk kayu je, kalau takde.. gunalah whisk yang ada.
Kacau.. kacau ni asal sebati je ok.

6. Kena ada 3 tepung utama seperti di bawah. Sukat dulu..
2 cawan tepung jagung bagi rasa semperit yang cair di mulut
1 sudu besar tepung beras bagi semperit tu rangup dan tak mudah pecah bila dah sejuk
1 sudu besar tepung kastad bg effect creamy pada semperit.

7.  Adunan tadi dah nampak sebati, titiskan 1 sudu kecil pewarna kuning. Tak nak yang serbuk, guna yang cecair ye. Brand apapun tak kisah.

8. Kemudian masukkan tepung jagung 1 cawan dulu, 1 sudu besar tepung kastad dan 1 susu besar tepung beras.
Kacau sebati.

9. Lepas tu masukkan baki yg 1 cawan tepung jagung sikit², masa ni ikut keselesaan doh yang kita nak. Uli guna tangan je ye.

9. Uli sampai doh jadi macam ni ye, licin dan cantik.

10. Ambil sedikit adunan tadi, masukkan dalam muncung semperit macam ni.

11. Ok, ni pecah 11 lenggok kan masa tekan baru biskut ni tak rata je naik.

12. Atas biskut boleh letak ceri. Coklat chip pun boleh. Terpulang ye.

13. Ini pula acuan pecah 15. Cantikkan. Pastikan bawah loyang sapu butter.

1 adunan ni dapat 35 biji.

14. Siap untuk dibakar.. panaskan oven 170, 5 minit.
Masukkan biskut turunkan suhu 160, 25 minit atau smpai biskut boleh tolak ke depan dan tertanggal sendiri means dah masak. Siap.

Oklah, selamat buat biskut uols. 🙂

Filed Under: Biskut Semperit Asli, Kek Dan Biskut Raya Tagged With: Biskut Semperit Asli

Resepi Kek Dan Biskut Raya

21 June 2016 by NuyunNajmi Leave a Comment

Teks: Nuyun Najmi

Alhamdulillah, memandangkan dah masuk bulan Ramadhan. Kakyun nak kongsi resepi kek dan biskut raya. Jom kita tengok kompilasi resepi kek dan biskut raya dari Azlina Ina. Kakyun memang mencari resepi yang mudah dan cepat. Bahan² untuk membuatnya pun tak susah untuk Kakyun dapatkan. Tambahan pula kedai bahan bakeri bake well pun dekat je. 🙂 Jadi sangat senang.

Tahun ni cadangnya nak buat kek keju mangga dan kek oren. Biskut pula semestinya kena ada semperit, almond london, makmur atau biskut arab, dan tart. Yang lain tu tengok ada upaya lagi tak, dengan kandungan 7 bulan ni, cepat letih rasanya, 🙂

Oklah, jom kita tengok list resepi biskut yang ada. Resepi kek boleh tengok entri sebelum ni.

BISKUT ALMOND LONDON

BISKUT ALMOND SNOW

BISKUT ALMOND COCOCHIPS

BISKUT BANGKIT SUSU

BISKUT CORNFLAKES ALMOND BALL COKLAT

BISKUT GAJUS

BISKUT JEJARI NESTUM

BISKUT KRISTAL CINTA

BISKUT KELAPA CRUNCY CREAMY

BISKUT MAKMUR PANDAN SUSU

BISKUT MAZOLLA

BISKUT SEMPERIT KLASIK GOLD

BISKUT SEMPERIT MARBLE NUTELLA

BISKUT SEMPERIT CHEESE

BISKUT TART NENAS

BISKUT SEMPERIT ASLI

Ini antara biskut yang Kakyun dah kumpulkan, ada antaranya yang Kakyun dah cuba. Alhamdulillah, raya tahun ni meriah dengan pelbagai biskut raya, uols buatlah ye. Boleh rasa air tangan sendiri. Biskut tunjuk boleh kurangkan memandangkan harga pun mahal. 😉

Resepi kek biskut raya ni halal je untuk dikongsi, tak perlu minta dah. Kakyun simpan untuk rujukan masa mendatang. Tak perlu nak skrol beria di fb.

In Shaa Allah, mudah nak follow dengan step by step. Cuma kena diy (do it yourself).. hehehehe.. Kalau tak, memang tak jadilah biskut² raya ni. Kakyun akan buat untuk tempahan area gombak sahaja. Cuma tahun ni, Kakyun tak buatlah.. sebab dah jadi mak buyung kan. Tak mampulah nak oiii. 😀

Oklah, stop dulu untuk hari ni. Sambung entri akan datang pulak ye. Jumpa lagi. 😉

 

Filed Under: Kek Dan Biskut Raya, Resipi/Masak Tagged With: Kek Biskut Raya

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in