• Skip to secondary menu
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

Cara Guna Set Pantang Sariayu

3 September 2015 by NuyunNajmi 9 Comments

Teks: Nuyun Najmi

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni Nuyun nak berkongsi dengan awak semua macam mana cara guna Set Pantang Sariayu.

Sebelum tu meh Nuyun terangkan, apa yang ada dalam set pantang sariayu ni.

Set Pantang atau Set Bersalin Sariayu ni mengandungi 3 krim iaitu Tapel, Param, Pilis dan 1 botol minyak telon bayi.

Ok, jelas tak kat situ? 🙂

®

Jom kita tengok cara guna setiap produk yang ada dalam set pantang sariayu ni.

Mula-mula TAPEL SARIAYU ye.

Cara guna tapel ni mudah sahaja, sebab ianya berbentuk krim kan. Hanya picitkan secukupnya ke tapak tangan dan sapukan seratanya ke seluruh perut. Bagi awak yang bersalin normal, tiada masalah. Tapi bagi awak yang bersalin czer. TOLONG jangan sapu dekat jahitan tu ye.

 

Fungsi tapel ni untuk kencangkan otot perut, disamping mencegah perut awak dari kembung. Cuma yang penting untuk awak yang bersalin ni, membantu menolak angin ibu bersalin kekdahnya. 😀 .

 

Seterusnya PARAM SARIAYU.

Guna param ni lagi mudah dari tapel, hehehe.. Sebabnya satu badan boleh sapu. Bahagian lengan, paha, belakang badan. Kat muka je jangan ye. 🙂

 

Fungsi param ni untuk bantu legakan otot-otot saraf dibahagian badan. Maklumlah, proses bersalin kan memenatkan. Dalam masa yang sama juga, boleh elakkan badan awak rasa letih dan lesu. Lagi bagus guna param ni untuk sapu pada urat betis yang timbul *recommanded*. Memang dah cuba, sangatlah bestnya.

 

Akhir sekali PILIS SARIAYU.

Biasanya semua dah tahu macam mana guna pilis ni kan? Sebab pilis ni banyak dijual dalam bentuk serbuk dan tablet. Cuma yang bestnya pilis sariayu ni krim. Terus meresap bila disapu kat dahi. Takdenya nak jatuh debu-debu pilis yang dah kering tu ke muka bayi. *masa menyusu, sibuk debu pilis berterbangan* hikhikhik. Pernah rasa saat-saat itu. Sekarang tidak lagi. Sangat sukalah dengan pilis krim ni.

 

Bau? Jangan risau, set pantang sariayu ni, semuanya berbau wangi.

 

Ops, lupa MINYAK TELON BAYI SARIAYU.

Cara guna minyak telon bayi ni tak susah mana pun. Sapu je secukupnya minyak telon ni kat badan bayi. Muka, jangan ye. Penting sekali perut bayi dan belakang badan bayi. Kalau Nuyun lah, tapak kaki, semua lah yang dikira sesuai. Asalkan bayi awak selesa, cukuplah kan. 😉

Minyak telon bayi ni boleh redakan perut kembung dan hangatkan badan bayi.

 

Oklah, Nuyun rasa dah berjela Nuyun terangkan cara guna set pantang sariayu ni. Harapnya awak semua paham lah ye. Kalau ada sebarang pertanyaan,boleh whatsapp Nuyun ok.

 

Terima kasih sudi singgah. 🙂

 

Kongsikan kisah ini:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)

Related

Filed Under: Cara Guna Set Pantang, Set Pantang Sariayu, slider Tagged With: Set Bersalin, Set Bersalin Sariayu, Set Pantang, Set Pantang Sariayu

About NuyunNajmi

Suri Yang Bekerja Dari Rumah Bersama 4 Orang Cahayamata. Sangat Meminati Bidang Bakeri Dan Gigih Mencari Ilmu Perniagaan. Pangkat Coordinator Dalam Organisasi Shaklee. Pengasas Empayar DuniaVitamin Di Bawah Team Jutawan Dan Rakan Nutrisi.
“Committed to coach newbies under my team who willing to come out from comfort zone and achieve dreams”

Reader Interactions

Comments

  1. Shamsiah says

    1 November 2015 at 7:42 pm

    Hai…beli katner set sari ayu tu ye? Saya cari xjumpa…

    Reply
    • NuyunNajmi says

      24 January 2016 at 10:12 pm

      Hai Cikpuan, Nuyun memang jual set ni.
      boleh whatsapp ke 0133747473 🙂

      Reply
      • Aida says

        11 March 2016 at 8:34 am

        Assalamualikum saya nak beli set bersalin sari ayu ..tapi saya nak beli banyak ya..kalau kirim ke jb boleh? Boleh email saya di atas ..tks saya perlukan urgent barang sari ayu set bersalin

        Reply
  2. Rafidah Rahim says

    2 May 2016 at 9:26 pm

    Kalau nak beli then hantar ke Miri, Sarawak berapa harga dia with postage? Berapa lama nak sampai? Boleh explain macam mana nak order?

    Reply
    • NuyunNajmi says

      19 May 2016 at 7:59 am

      Cikpuan boleh whatsapp Nuyun terus ye. 0133747473

      Reply
      • fieza says

        10 October 2016 at 9:14 am

        ada jual lagi x set sari ayu ni?

        Reply
        • NuyunNajmi says

          30 October 2016 at 6:14 pm

          Maaflah Cikpuan. Set ni dah takde dalam pasaran Malaysia setakat hari ni

          Reply
  3. Nurul says

    10 June 2016 at 12:27 pm

    As salam puan..kalau saya nk order set ni mcm mana ye..dah wassap tp mcm tak delivered.

    Reply
    • NuyunNajmi says

      20 June 2016 at 8:21 am

      Waalaikumussalam, biasanya whatsapp dibalas lambat sikit, Kakyun tak sempat nak reply terus jika whatsapp terlalu banyak.. Jika Kakyun tak balas dalam sehari. Cikpuan boleh whatsapp lagi sekali. Mungkin dah terlepas pandang. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • NuyunNajmi on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina
  • NuyunNajmi on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina
  • Shidah on Perbezaan Alfalfa Shaklee Dan Spirulina

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2019 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in