Teks: Nuyun Najmi
Bismillah.
Alhamdulillah, hari ni Nuyun nak berkongsi dengan awak semua macam mana cara guna Set Pantang Afiat.
Untuk pengetahuan awak² semua, Set pantang afiat ni boleh guna sampai habis 44 hari pantang ye.
Detail tentang harga produk set bersalin afiat ni, boleh ke kedai nuyun di sebelah, okey 🙂
Ubat Bersalin Afiat ni mengandungi 9 jenis je.
Jadi kita mulakan dengan ♥ Pil Afiat (528 biji)
Cara makan pil ni ialah selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Tujuannya untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
♥ Bedak Hangat pula untuk disapu seluruh badan selepas mandi.
Tujuannya adalah untuk memanaskan badan selepas mandi.
♥ Manakala Minyak Afiat pula digunakan semasa mengurut, ini kerana ia dipercayai menyegarkan urat.
♥ Seterusnya Balm Afiat. Gunanya mudah sahaja, disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
♥ Akar Kayu hanya direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
♥ Bengkung mesti pakai ye,kalau tak kena czer. Tujuannya adalah untuk membantu mengempiskan perut.
Tapi kalau awak² mengalami proses bersalin secara pembedahan, lepas 44 hari boleh dah pakai bengkung. Cuma jangan ikat kuat sangatlah dekat bahagian bawah tu ye.
♥ Pil Makjun Bawang Putih hendaklah diambil selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Tujuannya bagi menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
♥ Feminin Care adalah campuran herba beraroma. Ianya bertindak membersihkan bahagian sulit wanita serta memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
♥ Akhir sekali Gel Mandian Serai Wangi, yang bestnya gel ni diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.
Oklah, nuyun rasa itu jelah perkongsian cara guna set pantang afiat ni. Jika awak² kurang arif lagi. Boleh whatsapp nuyun ye. Istimewa hanya untuk pelanggan nuyun sahaja akan mendapat guide yang betul. 😀
Leave a Reply