Teks: Nuyun Najmi
Bismillah.
Hari ini nuyun nak berkongsi sedikit Panduan Memilih Set Bersalin Pelbagai Jenama yang terdapat di pasaran. Sejujurnya entri ini adalah untuk membantu klien shaklee nuyun, sebab banyak sangat pertanyaan mereka yang suka memilih jamu dari vitamin tambahan.
Bagaimanapun, bukan mudah ye untuk memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan.Memandangkan set bersalin kat pasaran sekarang ni terlalu banyak dan juga dari pelbagai jenama. Tak dinafikan, nuyun sendiri sebagai pengguna dan penjual pun pening. Cuma bezanya bila kita dah serasi dengan jenama tu, sudah tentunya kita dah tak tukar kepada jenama lain kan?
Ambil contoh nuyun sendiri je lah, anak pertama dah cuba Set bersalin Sendayu Tinggi dan juga Set Bersalin Leesa Formula. Cuma disebabkan ketidakserasian, anak kedua nuyun bertukar kepada Set Bersalin Amway dan Set Bersalin Nonaroguy. Alhamdulillah,serasi dengan produk Nonaroguy, jadi untuk anak ketiga, pilihan tetap kepada Set Bersalin Nr disamping Vitamin tambahan Shaklee untuk ibu menyusu.
Ini antara pilihan set bersalin yang nuyun pernah cuba ye. Anak baru 3 orang, lepas ni ada rezeki lagi. Konfem nuyun akan setia dengan Produk Shaklee dan Phytonatal Nonaroguy. Cadangan nuyun untuk ibu-ibu hamil. Mudah je, meh kita tengok sama-sama apa kriteria yang perlu diambil kira sebelum membeli set bersalin. Tips memilih set bersalin ni penting terutama sekali bagi ibu-ibu yang hamil anak pertama atau sulung.
1. Harga atau ‘budget’
Penting sebenarnya untuk ibu-ibu tahu harga setiap set bersalin yang ditawarkan. Maklumlah senang nak budget dan sediakan kosnya bila diperlukan. Nak yang mahal, kena menabung bagi yang kurang mampu,yang ada budget lebih tak kisah sangat biasanya. Mahal pun takpe, yang penting puas hati. Kebanyakkan set yang mahal, biasanya nuyun namakan ‘complete set’. Lengkap dengan bengkung, tungku ibu dan bayi. Yang agak murah, biasanya ‘basic set’. Tidak disertakan semua yang berkenaan tetapi mencukupi untuk kegunaan dalam berpantang.
2. Cari info set bersalin pilihan
Kena cari info dulu, set bersalin mana yang berkenan di hati. Jangan main terjah je pergi kedai jamu. Nanti bila tengok berderet set bersalin atas rak dengan pelbagai jenama. Mulalah konfius nak pilih yang mana. Sekurang-kurangnya ibu-ibu kena tahu dulu, setiap produk yang ditawarkan, apa kelebihannya. Jadi takdelah terpengaruh dengan jurujual di kedai jamu atau di kedai online.
3. Sesuaikan dengan diri
Bila dah dapat info semua yang berkenan di hati. Kena tengok pula, serasi tak dengan diri. Jangan ikut cadangan orang ye. Pilih yang mudah untuk ibu-ibu semua nak ‘gayakannya’ nanti. Dalam pantang ni kalau takde orang yang menjaga, pilihan set bersalinnya mestilah yang mudah dan senang sahaja. Biasanya nuyun cadangkan yang berbentuk pil atau kapsul dan tablet. Contoh set bersalin Shaklee, set bersalin Nonaroguy, set bersalin Amway dan set bersalin Ibu Halimah Mak Dara.
Ada juga ibu-ibu yang tak suka jamu, jadi pilihannya hanya Set bersalindah, kerana set ini dalam bentuk homeopati. Bagi yang suka dengan jamu, pilihan set yang sesuai kebanyakkannya berbentuk serbuk dan perlu dibancuh, boleh cuba Set Air Mancur, Set Orang Kampung, Mustika Ratu, Jamu Afiat dan Nyonya Meneer. Walaupun begitu, tak semua serbuk, ada juga kapsul. Cuma kalau nuyun, memang pandang sebelah mata jelah. hehehe.. Terpulang pada ibu-ibu ye, tiada paksaan sebenarnya.
4. Nak beli kat mana?
Soalan ni memang nuyun tunggu-tunggu sangat. Hehehe.. Apa susahnya, boleh hubungi nuyun je. Nak tahu detail tentang set bersalin pelbagai jenama dan pelbagai pilihan, terus ke website Nuyunbizhouse. Sebab kat sini hanya di khaskan untuk produk Shaklee sahaja. Melainkan kalau ibu-ibu berminat untuk tahu lanjut tentang Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Menyusu Shaklee, boleh intai-intai terus ke entri yang disediakan. Untuk ibu-ibu yang tak suka menunggu encik poslaju, boleh ke kedai jamu yang berdekatan. Konfem ada set bersalin yang dijual, cuma harganya sahaja yang berbeza. Samada dapat diskaun atau dapat harga pasaran je. Kalau beli dengan nuyun, diskaun dan freegift sudah tentunya. (”,)
5. Tak tahu nak pilih Set Bersalin!
Ini memang jadi satu masalah juga, apapun ibu-ibu boleh tanya nuyun dan ceritakan serba sedikit tentang kriteria set bersalin yang diperlukan. InsyaAllah nuyun akan berusaha cadangkan yang terbaik sahaja. Mudah kan!
Oklah, nuyun rasa dah panjang lebar juga nuyun terangkan tentang panduan memilih set bersalin pelbagai jenama ni. Harapnya nuyun dapat membantu bakal ibu di luar sana ye. Jika ada pertanyaan lain seperti pemilihan bengkung bersalin, tungku bayi dan tungku ibu, boleh komen di bawah entri ye.
Semoga bermanfaat.
Pengedar Shaklee Gombak,
Nuyun Najmi, 0133747473.
Leave a Reply