Oklah, kisah ini diolah dari sumber yang boleh dipercayai iaitu fascinating History – Dr. Forrest C. Shaklee, falsafah Shaklee – Shaklee Malaysia serta Shaklee – Wikipedia. Jadi uols jangan fikir kisah Dr. Forrest ni direka ye, sebab penting bagi kita untuk tahu siapa pengasas shaklee yang kita duk ambil produknya sekarang ni.
Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Lowa. Selepas dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering). Mengikut ramalan doktor, beliau hanya boleh hidup sehingga umur 8 tahun sahaja.
Tidak lama selepas kelahiran Dr. Forrest ni, keluarga beliau berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa dengan alasan bahawa rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Sehinggalah beliau meningkat remaja, doktor mengesahkan penyakit tuberculosis beliau dalam keadaan terkawal walaupun tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya. Memandangkan sejak dari kanak-kanak lagi beliau banyak menghabiskan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar.
Bermula dengan falsafah beliau iaitu Living in Harmony with Nature®, Dr. Forrest C Shaklee sebagai pengasas shaklee telah mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956. Pada masa itu beliau berpegang pada prinsip, sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik bagi kesihatan manusia.
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner
Pengasas shaklee ini telah menyambung pengajiannya di Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Ini kerana beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care serta banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.
Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau juga kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist
Dalam tempoh menjadi seorang chiropractic practitioner, minat Dr. Forest terhadap nutrisi mula berputik. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Atas usaha gigih, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea pada tahun 1915. Maka bermulalah era beliau sebagai pengasas shaklee yang kita kenali sekarang ini.
Dua tahun selepas itu, beliau berpindah ke Fort Dodge, Lowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut telah berkembang dengan majunya, kerana bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan.
Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser
Pada tahun 1921, beliau disahkan oleh seorang pakar kanser di Chicago bahawa sakit di pinggul kanan dan bahu kiri beliau berpunca daripada kanser.
Pakar tersebut percaya sel kanser boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Dr Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Sebelum itu, Dr Forest banyak menghabiskan masa untuk mempelajari tentang bidang baru, iaitu X-ray diagnosis. Dalam masa yang sama, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada waktu itu juga, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak.
Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.
Pengasas Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi
Beliau mengambil keputusan menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, kerap membuat analisa darah dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Walaupun begitu, kanser beliau tidak juga menunjukkan sebarang tanda-tanda positif. Namun beliau tidak berputus asa, dengan keyakinan bahawa penyembuhan akan berlaku sekiranya beliau terus berfikiran positf dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Keajaiban berlaku apabila kanser beliau semakin sembuh pada penghujung tahun 1922. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.
Bermulanya Bisnes Suplemen dari Pengasas Shaklee
Sekali lagi Dr Forrest Shaklee membuka pusat rawatan pada tahun 1924. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Walaupun begitu, pada tahun 1929 pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau, kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Pengasas Shaklee ini memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California serta menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi.
Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Pada masa yang sama banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat iaitu Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy.
Pada tahun 1943 Dr Forest Shaklee mula bersara dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan serta kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Beliau juga telah menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted) pada tahun 1947.
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen dan dari situlah bermulanya beliau dikenali sebagai pengasas shaklee.
1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu. Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen dan menjadi satu fenomena pada hari ini.
Jadi jika uols berminat untuk jadi ahli keluarga shaklee kami, jangan segan dan malu untuk bertanya. Mudah sahaja, sms atau whatsapp nuyun ye.