Bismillah.
Teks: Empire DuniaVitamin
Sekarang ni, sibuk dengan isu serangan Israel serta hangat dengan isu boikot produk yang menyumbang kepada Israel. Tempiasnya mestilah terkena juga pada produk Shaklee sekarang ni. Sebelum ni, seingat nuyun lah, 2 tahun yang lepas. Ramai dah yang mula boikot memboikot ni, terutama sekali produk makanan segera dari Mc Donalds. Sebab nuyun sendiri pun dah boikot tak makan di Mc Donalds ni.
Apatah lagi bila tahu kes Jamie Oliver saman Mc Donalds ni, terus dah tak selera nak telan. Sebelum ni pun bukan selalu sangat ke Mc Donalds ni. Tapi, sekejap je isu boikot memboikot ni, bila Mc Donalds buat offer free burger, ramai yang beratur untuk itu. Aduhai. Oklah, lupakan tentang Mc Donalds ye.
Soalnya sekarang ni Shaklee Sumbang Pada Israel Betul Atau Hanya Spekulasi?
Sebenarnya isu ni mula timbul disebabkan logo Shaklee terpampang di laman web Keneseth Israel.
![]() |
Keneseth Israel |
Bila nuyun klik dekat logo shaklee yang ada kat web Keneseth Israel ni, akan sampai ke web di bawah ni.
Rupanya nyata lagi bersuluh yang Keneseth Israel ni bukannya laman web rasmi shaklee, tapi pengedar shaklee. Macam nuyun juga, Shaklee Independent Distributor. Cuma kalau uols nak kepastian, boleh tengok laman web rasmi US. Memang tak samalah dengan web keneseth ni.
Tapi Keneseth ni bagus, sebagai pengedar shaklee. Dia dengan rela hatinya menyalurkan bonus yang dia dapat kepada Israel. Baikkan hati dia? Sebab bonus dia, memang dia berhak menyalurkan kemana dia sukalah kan.
Kalau uols pun, duit bonus dah banyak berkepuk, agak2 uols nak ke menyumbang kepada Gaza. Mestilah kan, itulah tujuannya bila kita jadi Jutawan.
Lagipun dalam isu shaklee sekarang nipun, ramai juga yang takut nak cuba produk shaklee ni. Maklumlah shaklee ni produknya dari Us. Jadi pada hemat uols, sepatutnya shaklee ni mestilah diboikot. Tak gitu kan?
Meh nuyun jelaskan disini, Syarikat shaklee ni dimiliki oleh Roger Barnet dan beliau bukan Yahudi. Dan syarikat ini milik Roger Barnet, bukan milik kerajaan US.
Jelas tak?
Kalaupun uols beria nak boikot, banyak lagi produk lain yang boleh diboikot. Cuma nanti, takut uols yang tak terboikot. hehehe.
Oklah, uols yang kecoh jadi keyboard warrior, apakah sumbangan uols dalam isu Palestin ni? Sedangkan Keneseth Israel pun boleh menyumbang untuk kekejaman zionis. Apa uols tak malu ke?
Apapun, sebelum kita nak boikot memboikot. Uols harus faham, adakah kita perlu boikot semua produk yang datang dari yahudi atau US atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel?
Bagi nuyun lah, walau syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang kepada Israel, maka syarikat itu berhak diboikot.
Jadi nuyun rasa, tak perlulah nak boikot semua kompeni USA kerana bukan semua menyumbang kepada kekejaman ZIONIS tu. Cuma sebagai saudara sesama islam yang prihatin, kita boleh menyumbang kepada badan2 yang berdaftar seperti Aman Palestin dan Aqsa syarif.
Rasanya dah panjang celoteh hari ni, harap kekeliruan dah dijelaskan.
Agak berpinar biji mata dengan isu Israel ni, jadi nuyun perlu tenangkan diri dengan Bcomplex shaklee.
Leave a Reply