• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Empayar Dunia Vitamin

Sihat Itu Mahal

  • Home
  • Kenali Saya
  • Shaklee Produk
  • Peta Laman

KESAN DAN RAWATAN OVARIAN CYST- GLA CYST MENGECUT..

27 February 2013 by NuyunNajmi Leave a Comment

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kenal semua pembaca…



Mesti kita takut bila dengar penyakit kanser..cyst dan macam2 lagilah..hari ni nak kongsi info tentang

Apa itu Ovarian Cyst??



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.



Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Perbezaan antara normal ovari dan ovari yang mempunyai cyst

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

Muntah dan Loya
Sakit Perut
Sakit semasa hubungan seks
Sukar atau kerap kencing
Rasa perut penuh dan tidak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Adakaha Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Selain itu, anda boleh mencuba mengambil supplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Testimoni Cyst Mengecut dengan GLA Complex

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Kita sebagai manusia, harusla berusaha dan selebihnya berdoa kepada Allah.



Minat nak join nuyun jadi Shaklee Distributor???
HUBUNGI NUYUN 0133747473

COD DAN SELF-PICKUP DI AMCORP MALL PETALING JAYA –
KIOSK DI LOBI LUAR  BERHAMPIRAN DENGAN STARBUCK COFFEE..


Kongsikan kisah ini:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)

Related

Filed Under: Info, Petua, Tips

About NuyunNajmi

Suri Yang Bekerja Dari Rumah Bersama 4 Orang Cahayamata. Sangat Meminati Bidang Bakeri Dan Gigih Mencari Ilmu Perniagaan. Pangkat Coordinator Dalam Organisasi Shaklee. Pengasas Empayar DuniaVitamin Di Bawah Team Jutawan Dan Rakan Nutrisi.
“Committed to coach newbies under my team who willing to come out from comfort zone and achieve dreams”

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

SHAKLEE SID GOMBAK

shaklee-logo
SHAKLEE ID: 911707
  • Recent
  • Popular
  • Comments
  • Tags

Komen Terbaru

  • Nuyun Najmi on Cara Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee:Kebaikan Dan Kelebihan:Perbezaan Shaklee
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus
  • NuyunNajmi on Cara Guna Pokok Keladi Tikus

DISCLAIMER

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri. Tidak dibenarkan sama sekali, mem’PRINT SKRIN’ sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

Statistik

Flag Counter


Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in